CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, August 17, 2008

~~Utk Pelajar 1K (2003) 3W (2005)

Assalamualaikum...

ustzh belum sempat catat apa2 di sini..sbb kesuntukan masa nak balik bercuti... harap bersabar la yer..

21 September 2008--Ahad--

Hari ini tergerak hati ustzh nak postkan entry utk bekas anak didik ustzh 1K 2003/3W 2005. kenapa 1K (1 Ibnu Khaldun sblm dituka kpd 1W skrg) masih kekal segar dlm ingatan ustzh.. kerana setiap pelajar dr kelas 1K memiliki keistimewaan masing2... 

dan kelas kamulah ustzh menimba pengalamn sbg guru kelas yg merasa disayangi dan mendpt kerjasama drp pelajarnya....

Di sini ustzh catat nama2 yg ustzh ingat...klu tak tercatat tu bkn bermakna ustzh tak ingat tp tak tertype disini...

  • Shamirul
  • Sheikh
  • Asyraf
  • Talib
  • Walid
  • Shukran
  • Allahyarham Nik (Al-Fatihah utknya)
  • Husna
  • Zafirah
  • Amalina
  • Ainina
  • Shamimi
  • Farah
  • Nabihah
  • Rasyihah
  • Izyan
  • Amira
  • Siti Nur
  • Endang
  • Fakhrin
  • Adibah
  • Huda
  • Nadiah
  • Albaniah
  • Firdaus
  • Rabiatul
  • Qurratu 'Ain

" Kalau ada nama yg ustzh tertinggal sila maklumkan pd ustzh..jgn berkecil hati pula ok..."

To Nia--ustazah dh masukkan nama nia...jgn sedih2 k...ada lg ke nama yg tertinggal..bgtau ustzh ya..

Keistimewaan 1K 2003--

  • Ikatan ukhuwwah yg kukuh...paling ketara ketika arwah jatuh sakit di kelas...anda adalah sahabat yg terbaik utk arwah...sgt berlaku ihsan...baik hati dan saling bekerja sama dan bantu membantu...ingat pd arwah menjadikan ustzh rs sedih sekali..bila mengenangkan semangat beliau utk belajar...di saat2 kronik pun masih memikirkan utk berjaya dlm peperiksaan...cuma ustzh tak rasa kesal kerana..ustzh dah buat yg terbaik utk membantu arwah menjadi pelajar yg berilmu...Al-Fatihah...
  • Tak pernah sekalipun mengabaikan subjek yg ustzh ajar...dan sentiasa kelas dlm keadaan terkawal... apa yg ustzh ajar kamu dgr...latihan2 yg ustzh beri kamu buat...
  • Semasa hari Kantin--dan kebetulan ustzh mengandung dan jatuh sakit pd hari tersebut kerana terlampau letih selama seminggu nak uruskan hari kantin utk kelas kita... Kamu SURVIVE wlp tanpa ustzh di gerai...kamu berjaya menguruskan diri sendiri.. ditambah dgn ibu bapa kamu yg baik dan sporting...membantu ustzh tanpa mengenal erti jemu dan penat... TERIMA KASIH anak2ku....
  • Ustazah tak pernah merasa sukar menyampaikan ilmu pd kamu kerana...sepjg ustzh mengajar kamu...dan menjadi guru kelas kamu...Kamu memberikan sepenuh perhatian dan tumpuan pd ajaran guru...
  • Shamirul--Kamu adalah contoh pelajar yg gigih berusaha dan akhirnya dpt menggenggam title CEMERLANG....itulah kredit yg kamu dpt berkat usaha kamu dan akhlak yg terpuji...
  • Anak2 yg lain... contohilah sahabat anda...kerana kamu juga adalah anak2 ustzh yg sgt ustzh kenal potensi diri kamu...

Ada byk lg yg ingin ustzh catat di sini...tetapi biarlah menjadi memori indah dlm hidup ustzh selama menjadi seorg guru...

Apa yg ustzh harapkan pd kalian semua yg masing2 sudah lepas SPM... mencapai kejayaan dlm hidup masing2... doa ustzh xpernah putus mengiringi langkah kalian....

kiranya menemui kegagalan...jgn lah berputus asa...kerana Setiap Hasil Usaha yg dicurahkan Allah pasti Akan Balas....

Akhir kata dr ustzhmu... Jadilah Insan yg Berilmu yg Soleh dan Solehan yg berbakti kpd Ibu Bapa, Agama dan Negara......

~~Utk Pelajar 3S 2008~~

ASSALAMUALAIKUM WBT...

Anakdidik ku yg dikasihi.....

~~Ustazah belum sempat mencatat apa2 pesanan utk kalian sbb kesuntukan masa...ustazah akan catatkan jua selepas balik dr bercuti..apa2pun pesanan ustazah utk kalian..jgn la nakal2....ingatlah Allah dan hormati org tua....

21 September 2008 (AHad)

Salam Anak2 yg dikasihi 3S (3 Setia) kalaulah 3S ni boleh dituka dengan nama 3 Soleh/Solehah..

ustzh harap2 bila dituka dgn nama 3 Soleh..akan mendoakan anak2 di kelas 3S menjadi insan soleh/solehah amin...

Anak2ku Cuma ada 3minggu lagi utk membuat persediaan terakhir dalam PMR. Pergunakan masa yang ada ini utk membuat ulangkaji, menghafal, mengingati dan memahami.. Kalau ada yg tak faham, jgn segan utk bertanya uszth..ustzh sedia membantu…..

Jgn sekali2 tinggal solat, jgn derhaka pd org tua… dan sentiasa la berdoa pada Allah demi kejayaan..

Setiap Usaha Allah Pasti Akan Balas dengan kejayaan…. Yg penting kamu semua Berusaha + Berdoa + Bertawakal = Kejayaan Dalam Tangan…..

Seperti yang dijanjikan...ustzh ingin mencoret sepatah dua kata utk anak2 ustzh di kelas 3S 2008:-

1.Sharifah Nur Husna yang ayu dan baik akhlak....

Sepanjang ustzh mengajar Husna selama 2 thn ni, ustzh dapati Husna seorg pelajar yang sangat baik, rajin, bertanggungjawab dan seorg yg sgt berminat terhadap pelajaran. Husna ada potensi utk menjadi pelajar yg cemerlang pada masa depan.
Ustzh harap Husna kekal dan pertingkatkan akhlak dan peribadi yg terpuji ini…

Husna adalah seorg pelajar yg menyejukkan hati ustzh di ketika ustzh marah dgn kenakalan kawan2 sekelas…mujur ada Husna yg sgt baik.

2. Hidayah yang cantik dan berseri....

Sepanjang ustzh mengajar Hidayah selama sethn ni, ustzh dapati Hidayah jg seorg pelajar yang sangat baik, rajin, bertanggungjawab dan seorg yg sgt berminat terhadap pelajaran spt husna. Hidayah ada potensi utk menjadi pelajar yg cemerlang pada masa depan.
Ustzh harap Hidayah kekal dan pertingkatkan akhlak dan peribadi yg terpuji ini…

Hidayah jg adalah seorg pelajar yg menyejukkan hati ustzh di ketika ustzh marah dgn kenakalan kawan2 sekelas…mujur ada Hidayah yg sgt baik.

3. Ummi yg manis tp agak talkative.....

Sepanjang ustzh mengajar Ummi selama sethn ni, ustzh dapati Ummi jg seorg pelajar yang baik, rajin dan berusaha utk mendpt keputusan yg cemerlang. Sgt peramah, ant pelajar yg ustzh sayang...tp yg ustzh xberkenan..masa ustzh mengajar suka sgt bersembang2 dan bergelak2 ngn ajeerah..
Ustzh harap Umi akan menjadi lebih baik dr sekarang dan pertingkatkanlagi  akhlak dan peribadi yg terpuji ini…

Ummi jg adalah seorg pelajar yg menyejukkan hati ustzh di ketika ustzh marah dgn kenakalan kawan2 sekelas…wlp kdg2 ustzh marah ngn ummi xbermakna ustzh benci...

4. Rozalyn yg manis dan selalu jg xdtg ke sekolah...

Rozalyn...ustzh faham kehilangan ibu tercinta...amat memeritkan jiwa dan kehidupan terasa kosong apabila dia tiada... tp jgn jadikan ini sbg alasan utk rozalyn gagal dlm hidup...setiap ujian Allah kpd hambaNya adalah utk menguji sejauh mana keimanan kita pdNya...

Rozalyn...bersemangat lah dlm mengharungi kehidupan mendtg...hanya dgn Ilmu lah rozalyn dpt meneruskan hidup di dunia dan bahagia di akhirat... jgn buang masa dengan perkara2 yg tidak berfaedah.. ustzh harap rozalyn memilih jalan yg betul.....

5. Syafiqa yg comel dan baik....

Sepanjang ustzh mengajar syafiqa selama 2 thn ni, ustzh dapati syafiqa seorg pelajar yang sangat baik, rajin dan sgt berminat terhadap pelajaran.

Jgn la berputus asa wlp byk kali gagal dlm peperiksaan...jgn jemu utk berusaha...apb syafiqa berterusan berusaha...insyaallah...Allah akan beri kejayaan pd syafiqa...

6. Izzaty yg comel lote....

Mencari kawan yg baik akan mendidik peribadi kita menjadi baik... dan Izzaty adalah seorg yg baik... Selama ustzh mengajar izzaty...thn ini ada peningkatan..

ustzh harap izzaty dpt ingat semua tips2 yg ustzh dah ajar... buat latihtubi yg ustzh berikan... insyaallah izzaty pasti berjaya dlm PMR...Kalau ada yg tak faham, jgn segan utk bertanya uszth..ustzh sedia membantu…..

7. Ajeerah yg manis dan selalu hilang tumpuan dlm kelas....

Ajeerah yg dikasihi...zaman remaja bknlah zaman semata2 utk berseronok... hingga mengabaikan pelajaran...inilah zaman yg sepatutnya ajeerah guna utk menimba ilmu agar menjadi org yg berjaya pd masa depan... sikap ajeerah yg selalu xdtg ke sekolah... dan suka bersembang dgn alim semasa guru mengajar...bknlah sikap yg baik...kerana ini akan menyebabkan ajeerah ketinggalan dlm pelajaran dan hilang keredhaan guru...

Pelajar yg berjaya adalah pelajar yg menghormati gurunya... harap ajeerah dpt mengubah sikap sebelum terlambat...gunakan masa yg ada utk mengulangkaji..xfaham tanya ustzh ok..

8. Rusmini yg comel dan sgt pendiam....

Rusmini...selama ustzh mengajar awk...awk mcm kehilangan keyakinan diri sendiri... kdg ustzh xdapat baca apa yg ada dalam hati dan fikiran awk...kalaulah ustzh boleh scan apa yg ada dlm hati awk...pastinya ustzh dpt membantu awk...

Rusmini yg disayangi...jgn berputus asa wlp byk kali gagal dlm ujian...jgn jemu berusaha...xfaham tanya la ustzh...ustzh sedia membantu.. igt usaha yg berterusan..pasti akan membuahkan kejayaan....

9. Azureen yg manis dan sentiasa bersemangat....

Setahun bersama azureen...tidak terasa...azureen antara pelajar yg menunjukkan minat utk belajar... Azureen seorg yg baik dan menghormati guru... ada potensi utk menjadi pelajar cemerlang...

azureen usaha dgn gigih lg utk mendpt kejayaan yg cemerlang... jgn sesekali berputus asa... gunakan masa yg ada utk membuat ulangkaji..perkara2 lain tolak ke tepi ok..

10. Zainal yg comel dan sporting

Sepanjang ustzh mengajar zainal selama 2 thn ni, zainal seorg pelajar yang sangat baik, rajin, bertanggungjawab dan seorg yg sgt berminat terhadap pelajaran. zainal ada potensi utk menjadi pelajar yg cemerlang pada masa depan.

Ustzh harap zainal kekal dan pertingkatkan akhlak dan peribadi yg terpuji ini…kerana seorg pelajar cemerlang yg dilengkapi dgn akhlak terpuji…insyaAllah akan berjaya di dunia dan akhirat.

zainal jg adalah seorg pelajar yg menyejukkan hati ustzh di ketika ustzh marah dgn kenakalan kawan2 sekelas..

11.Mohd Fauzan yg comel dan nakal sedikit…..

Sepanjang ustzh mengajar Fauzan selama sethn ni, ustzh dapati Fauzan seorg pelajar yang kdgn2 baik dan kdg2 ada juga nakalnya, agak rajin, agak bertanggungjawab dan seorg yg kdg2 berminat terhadap pelajaran. Fauzan ada potensi utk menjadi pelajar yg cemerlang pada masa depan.

Fauzan jg adalah seorg pelajar yg kdg2 menyejukkan hati ustzh di ketika ustzh marah dgn kenakalan kawan2 sekelas…moga fauzan bertambah2 baik di msa depan...

12. Aidil yg macho dan suka buat lawak ‘badut’……

Aidil selama setahun ustzh mengajar aidil..aidil adalah seorg pelajar yg kdg2 berminat dgn pelajar dan kdg2 jg hilang tumpuan kerana bersembang... awk ada potensi utk cemerlang..cuma sikap aidil tu menjadikan aidil tidak mendpt keputusan yg cemerlang...

wlp aidil selalu buat lawak poyo...ustzh xpernah nak marah dan simpan dlm hati..cuma kurang2kanlah perkara tak berfaedah yg tidak menjamin apa2....

gunakan masa yg ada dgn sebaik2nya aidil...sblm menyesal kemudian hari...

13. Farhan yg manis tp semakin malas....

Farhan..ustzh suka sikap farhan di awal tahun...rajin dan berminat thdp pelajaran... tp sikap farhan berubah selepas cuti sekolah 2minggu... dari hari ke hari semakin malas... tiap kali ustzh marah... bknnya ustzh membenci...tp ustzh kesal dgn sikap awk yg makin berubah...

ustzh tak ingin melihat anak didik ustzh gagal dlm hidup lantaran sikap malas ini... kerana farhan memiliki otak yg bijak dan seorg yg pandai... tp apa la gunanya kepandaian ini kiranya sikap malas menguasai diri... berubahlah anakku... masih ada waktu lagi....

14. Firdaus yg sentiasa ceria dan suka gelak buat bising.....

Firdaus...2thn ustzh mengajar firdaus... ustzh suka sikap firdaus masa tingkatan 1... firdaus seorg yg baik..rajin buat kerja yg ustzh beri...dan memberi tumpuan ustzh mengajar.. ttp.. makin hari...

menginjak usia remaja...firdaus makin malas dan selalu hilang tumpuan.. keputusan exam pun sudah tidak cemerlang seperti dulu.. bgmn cara ustzh dpt membantu awk firdaus? ustzh ingin melihat awk berjaya... ustzh tak nak awk ketinggalan dlm pelajaran... berubahlah firdaus sebelum terlambat...

15. Ahmad Zamani yang comel dan agak panas baran……

Zamani yg dikasihi...tak terasa 2 thn ustzh mengajar zamani... ustzh sukakan zamani form 2 berbanding zamani form 3...kenapa..? bukan bermakna ustzh bencikan zamani sekarang.. tiada istilah benci dalam kamus hidup ustzh... kenapa ustzh sukakan zamani form 2?

kerana zamani form 2 sgt rajin dan sgt berminat utk belajar... zamani form 2 seorg yg rajin dan ada cita2 utk menjadi pelajar cemerlang ( ini terbukti bila zamani pernah dpt A dlm subjek yg ustzh ajar).... ini juga bukti zamani bknlah kategori pelajar yg tidak pandai...

zamani...ustzh ingin melihat zamani yg dlu...zamani yg rajin berusaha...yg berminat pd pelajaran... berubahlah anakku syg..sebelum terlambat...

16. Zulfikar yg cute tp pemalasnya tahap gaban...

Kalau baca ayat di atas tu jgn gelak yg zulfikar...mmg diakui zulfikar mmg la malas...malas yg sgt2... tahap kronik tu... wlp memiliki otak yg pintar... tetapi kerana kemalasan zulfikar dtg ke sekolah.. klu dtg pun..asyik nak tidur, bermain, bersembang....mcm mn lah ilmu nak melekat didada dan di minda... kemalasan zulfikar inilah menyebabkan zulfikar xpernah menjadi pelajar cemerlang sejak 2thn ini....

zulfikar.. awk ada otak yg pintar..kenapa di abaikan..kenapa zulfikar? apa lah daya ustzh nak membantu awk..kalau awk tak ingin membantu diri sendiri?

masih belum terlambat utk berubah zulfikar..ustzh doakan zulfikar berjaya...

17. Sharafuddin yg comel tapi agak kepoh....

ustzh masih ingat lg..masa form 1..sharafuddin seorg yg baik dan agak pemalu...dtg beraya rumah ustzh pun malu2 utk makan...nak juga ustzh paksa utk makan...

tp sekarang...ke mana hilangnya perasaan malu itu sharafuddin? hari ke hari semakin berubah.. malas dtg ke sekolah...hilang minat utk belajar.. sepatutnya kelebihan sebagai anak tunggal..sharafuddin gunakan keselesaan itu utk belajar dan menimba ilmu...tp sharafuddin pilih jalan utk berhibur..

ustzh x ingin melihat awk gagal dlm hidup..tiada guru yg ingin melihat kegagalan anakdidiknya.. berubah lah sharafuddin... belum terlambat lg....

18. Nashrul yg dulunya sgt baik...tp skrg makin pemalas....

Nashrul..2 thn ustzh mengajar awk.. semasa awk form2, awk antara pelajar yg menyejukkan hati ustzh... dlu awk rajin...berminat utk belajar.. tp kini..bila naik ting 3...nashrul makin berubah menjadi pelajar yg selalu hilang tumpuan ketika belajar..

kemanakah fikiran awk melayang wahai nashrul? ingin sekali ustzh terjah apa yg ada dalam fikiran awk..agar ustzh dpt membetulkan semula tumpuan awk pd pelajaran.. kenapa nashrul...sekiranya ada masalah... adalah lebih baik berbincang dgn ustzh... ubah lah sikap sebelum terlambat....

19.Mohamad Hariri yg comel dan suka tido dlm kelas…

Sepanjang ustzh mengajar Hariri selama 2 thn ni, ustzh dapati Hariri seorg pelajar yang kdg2 baik dan kdg2 nakal.. Suka tido dalam kelas, hilang tumpuan…kadang2 berkhayal, sentiasa dlm keadaan lesu dan selalu tak dtg ke sekolah…

ustzh taktahu apa masalah yg awk hadapi di luar sana hariri... kenapa hariri tiada semangat utk berjaya mcm org lain? kenapa? Kenapa kelemahan diri dibiarkan menguasai diri awk hariri? Awk ada pontesi utk berjaya…. Belum terlambat utk berubah…..

20.Mohd Aiman yg comel dan pemalu….

Sepanjang ustzh mengajar Aiman selama 2 thn ni, ustzh dapati Aiman seorg pelajar yang sangat baik, rajin, bertanggungjawab dan seorg yg sgt berminat terhadap pelajaran. Aimanlah antara pelajar yg tidak pernah terpengaruh dgn anasir2 buruk...wlp sering dikacau dan disakat oleh rakan2...senyuman tetap terukir di bibir aiman yg penyabar ini...Aiman ada potensi utk menjadi pelajar yg cemerlang pada masa depan.

Aiman adalah seorg pelajar yg menyejukkan hati ustzh di ketika ustzh marah dgn kenakalan kawan2 sekelas…mujur ada Aiman yg sgt baik dan doa ustzh sentiasa mengiringi langkah aiman.

21. Ahmad Sobri yg macho tetapi selalu dgn penyakit ‘angaunya’…..

Sepanjang ustzh mengajar sobri selama 2 thn ni, ustzh dapati sobri seorg pelajar yang kdg2 baik dan kdg2 sgt nakal.. kdg2 sgt berminat terhadap pelajaran dan xkurang juga dgn sifat pemalasnya.

jgn lah berkapel di usia begini..kerana awk sendiri tak boleh seimbangkan antara study dan cinta...drp awk angau yg disusuli dgn kegagalan...lebih baik awk ubah sikap kerana kejayaan akan menanti di depan awk..

Sobri ada potensi utk menjadi pelajar yg cemerlang pada masa depan dgn syarat sobri berubah sblm terlambat…..

22.Mohd Asnawi yg cute dan suke lompat pagar….
Sepanjang ustzh mengajar asnawi selama 2 thn ni, ustzh dapati asnawi seorg pelajar yang kdg2 baik dan kdg2 nakal.. hilang tumpuan…kadang2 berkhayal, sentiasa dlm keadaan lesu dan selalu tak dtg ke sekolah…

sejak akhir2 ini makin malas dan suka ikut fajri melompat pagar sekolah..kenapa suka menyusahkan diri dan ibu bapa asnawi?

Kenapa kelemahan diri dibiarkan menguasai diri awk asnawi? Awk ada pontesi utk berjaya…. Belum terlambat utk berubah…..


23.Fajri yg comel tp suka ponteng sekolah….

Sepanjang ustzh mengajar Fajri selama 2 thn ni, ustzh dapati Fajri seorg pelajar yang kdg2 baik dan kdg2 nakal.. kdg2 sgt berminat terhadap pelajaran dan xkurang juga dgn sifat pemalasnya.

skrg ni makin hari fajri makin suka ponteng sekolah dan melanggar peraturan sekolah, melompat pagar..kenapa fajri..kenapa suka menyusahkan diri sendiri?

Fajri memiliki otak yg cerdik, mudah menghafaz dan ada potensi utk menjadi pelajar yg cemerlang pada masa depan dgn syarat Fajri berubah sblm terlambat dan tak ponteng sekolah…..


24. Syafiq yg suka menyanyi dan feeling sorang2....

Syafiq..sygnya kalau otak yg bijak mcm awk...tidak boleh mendpt keputusan cemerlang... kenapa sejak akhir2 ini syafiq selalu tak dtg sekolah... makin hari syafiq makin malas... dlu mmg syafiq malas jg...

tp skrg ni makin teruk kemalasan syafiq... skrg bknlah masa utk awk bekerja mencari duit.. skrg adalah masa utk awk menimba ilmu sbg bekalan di kemudian hari.. xsalah kalau nak membantu org tua...tp cuti sekolah kan boleh bantu..masa sekolah tu dtg la ke sekolah... bgmn ustzh dpt membantu syafiq... berubahlah syafiq... ustzh doakan syafiq berjaya...

25. Mohd Alim yg ensem tp malas belajar dan asyik nak berkapel jer…

Sepanjang ustzh mengajar Alim selama sethn ni, ustzh dapati Alim seorg pelajar yang kdg2 baik dan kdg2 nakal.. kdg2 sgt berminat terhadap pelajaran dan xkurang juga dgn sifat pemalasnya. Sejak akhir2 ni ustzh tgk Alim suka sgt bersembang ngn ajeerah... nak berkapel ke alim? awk tu PMR tak lepas lg.. kalau berkapel sehingga melalaikan awk terhadap pelajaran.. itu adalah tindakan kurang cerdik...

Alim memiliki otak yg cerdik, mudah menghafaz dan ada potensi utk menjadi pelajar yg cemerlang pada masa depan dgn syarat Alim berubah sblm terlambat dan tak ponteng sekolah…..


26. Muhaimin yg macho tetapi suka buat bising dan byk mulut...

Ni seorg lagi pelajar yg suka menaikkan darah ustzh... kenapalah suka membangkitkan kemarahan ustzh muhaimin? awk ni kan muhaimin...kalau memberi tumpuan sepenuhnya dlm pelajaran..ustzh boleh jamin awk sekurang2 dpt 5A dlm PMR.... tetapi... klu awak masih meneruskan sikap begini...nak dpt 2A pun mungkin hanya dlm mimpi.... kenapa muhaimin..kenapa selalu bersikap acuh tidak acuh dlm pelajaran?

Syg sekali...muhaimin ada otak yg cerdas dan pintar...tp klu malas berusaha..kurang tumpuan..dan kurang menghormati guru...agak susah utk awk mendpt keputusan yg cemerlang.. berubahlah muhaimin...berubahlah sebelum menyesal di kemudian hari.....

27. Fikree yg comel tetapi nakal teramatlah nakal....

Fikree...cuba senaraikan..apakah yg harus ustzh lakukan utk membantu awk?.. ustzh rs dah bermcm2 usaha dan cara ustzh utk menarik perhatian awk terhdp pelajaran... mcm mn fikree? mcmmn ustzh dpt membantu awk?

dari tingkatan 1 hinggalah tingkatan 3...kenakalan awk..makin hari makin bertambah kronik.. awk bukan kanak2 lg fikree...awk dh besar pjg..gunakanlah akal itu utk berfikir dan membezakan yg baik dan yg buruk...

awak pernah lulus...itu menandakan awk bukanlah pelajar yg lembab...kalau ditambah lg dgn usaha dan sikap yg baik..ustzh yakin awk boleh dpt keputusan yg lebih cemerlang... berubahlah fikree sblm terlambat....

~~Utk Pelajar 2W 2008~~

KHAS UTK ANAK DIDIKKU 2W 2008

Assalamualaikum wbt....

  • Hadi yg macho...
  • Hakimi yg cool...
  • Aizam yg ensem...
  • Khairulnaim yg pemalu...
  • Mohd Naim yg pendiam...
  • Farhan yg comel tp byk mulut...
  • Faruqi yg manis tp agak nakal...
  • Asyraf yg peramah...
  • Mustaqim yg berpotensi...
  • Syahril yg suka gelak...
  • Amar yg power...
  • Khalili yg kacak...
  • Arif yg pemalu...
  • Rafiq yg manis,,,,
  • Danial yg suka berangan...
  • Shakila sikecil molek...
  • Puteri yg Ayu...
  • Sofea yg berhati waja...
  • Sarah yg cute...
  • Shahira yg cerdik...
  • Syahida yg baikhati...
  • Nadira yg manja...
  • Nik siputih merah...
  • Farah yg jelita...
  • Amalina yg lemah lembut...
  • Ruzzana yg comel lote...
  • Fadhillah yg manis...
  • Izzahtul yg tegas...
  • Shasha yg epi go lucky...
  • Haliza yg selamba...

Pesanan dr ibumu ini.....

  1. Jadilah Anak yg soleh dan solehah--kerana hanya mereka yg soleh dan solehah sahaja selamat di dunia dan di akhirat....
  2. Tetapkan Matlamat Hidup dan Target utk cemerlang diiringi dgn usaha dan doa serta tawakkal kepada Allah.... ( Ibu akan mendoakan kejayaan kalian wlp dr jauh..)
  3. Jaga Diri, budi pekerti dan akhlak yg mulia di mana saja kalian berada.... kerana seorg yg berakhlak mulia akan disenangi oleh masyarakat...
  4. Jadilah seorg yg pemaaf, jgn berdendam di antara satu sama lain....
  5. Satu masa nanti...kalian semua akan berpisah...dan menempuh hala hidup masing2...jadi gunakan kesempatan yg ada utk membina ikatan persaudaraan yg kukuh agar menjadi kenangan yg manis dlm hidup kalian...
  6. Jangan bergaduh sesama sendiri... kerana ini akan menyakitkan hati dan meleraikan ikatan... berbincanglah secara baik...
  7. Hormatilah org lain...terutama ibu bapa yg byk berkorban utk kalian---guru2 yg mengajar---adikberadik---rakan2---dan org lain yg bukan sebangsa dan seagama....

p/s : Kalian adalah Kenangan Terindah Dalam Hidupku..................

~~Utk Pelajar Yg Merempit~~

UTK RENUNGAN PELAJARKU YG SUKA MEREMPIT WLP DAH BERGELEN2 NASIHAT DIBERIKAN

Golongan pelajar lelaki yang gemar berpeleseran tidak tentu hala dengan motosikal atau yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Rempit semakin hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini.. cikgu tidak gembira dan cikgu tidak bangga, sebaliknya kita merasa marah, risau dan ketakutan.

Rata-rata masyarakat menganggap para pelajar Mat Rempit ini sebagai suatu ancaman kepada keselamatan ahli masyarakat dan ketenteraman hidup seharian. Mengapakah masyarakat kita bimbang ?

Secara majoriti, siapakah yang secara bangga diri melibatkan diri dalam arena Mat Rempit ini? Sudah pasti, mereka juga adalah remaja yang pernah terlibat dalam arak dan penyalahgunaan dadah.

Kita pun sedar bahawa, seseorang yang telah dipengaruh oleh dadah, tiada perikemanusiaan dan belas kasihan. Mat Rempit yang telah bersahabat dengan dadah dan arak tidak akan mempedulikan perbuatan yang haram. Oleh itu, mencuri, merompak dan meragut adalah lambang keberanian mereka.

Mat Rempit.-..Belia jenis apakah mereka ?

Para belia yang memiliki peribadi mulia adalah pelajar yang berdisiplin tidak melanggar undang-undang, bertanggungjawab memelihara maruah dan keselamatan orang lain, tidak mencerobohi apa yang telah menjadi hak kepunyaan orang lain dan tidak bertingkahlaku mengikut nafsu/emosi, sebaliknya mengikut akal. Oleh itu, adakah para pelajar Mat Rempit ini golongan beradab-sopan ? Terang-terangan mereka tidak menyayangi nyawa mereka sendiri, menghabiskan masa dengan aktiviti merosakkan dan tidak menghormati orang awam. Ternyatalah, Pelajar Mat Rempit adalah golongan pelajar bermasalah.

Berdasarkan pemerhatian cikgu dan pendapat orang ramai, berikut adalah berberapa masalah dan gangguan utama yang ditimbulkan oleh para pelajar Mat Rempit kepada kehidupan masyarakat kita.

1. Melibatkan orang awam yang tidak bersalah ke dalam bahaya kemalangan jalan raya.

2. Apabila Pelajar Mat Rempit ini melepak di suatu tempat secara berkumpulan, mereka mewujudkan ‘aura’ (ancaman) yang menyebabkan orang awam yang lalu-lalang merasa tidak selamat.
(Berlagak jadi samseng..tp PMR  n SPM pun xlepas lg)

3. Terlibat dalam pergaduhan antara kumpulan/geng apabila ada antara ahli-ahli mereka yang dicabar atau dipukul.
(Biasanya bergaduh nak tolong kawan setia kawan la konon!)

4. Tidak menghormati wanita. Mat Rempit menganggap wanita sebagai objek seks atau ganjaran yang mereka patut dapat. Menganggu, mengusik para wanita yang mereka rasakan cantik memikat dan meng ‘usha’ wanita secara ‘terlampau’ adalah hiburan atau aktiviti ‘cuci mata’ belia Mat Rempit. Kadangkala ada Mat Rempit yang masih berani mengusik,memikat wanita yang datang bersama abang, teman lelaki atau suami. Mereka tidak menghormati wanita yang dipunyai lelaki lain. Yang penting bagi mereka adalah hati mereka terhibur, nafsu mereka puas. (Sedih bila memikirkan perangai mereka ni..)

5. Aktiviti berpeleseran mereka pada waktu lewat malam boleh meningkatkan risiko kes pecah rumah,samun, langgar lari, culik dan rogol, kongsi gelap di kawasan sekitar. (Itulah yg selalu ponteng sekolah atau datang lewat ke sekolah..mlm utk tido..tp bagi mereka mlm utk bersukaria)

Note: Para Pelajar Mat Rempit ini wajib diberikan ‘brain wash’ dengan ilmu akhlak dan keagamaan, bukannya dengan menyediakan mereka litar lumba.


~~Kenapa Anak2 Kita Biadab~~

IBU BAPA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB DAN TIDAK MENGAMALKAN ISLAM... ANAK-ANAK BIADAB

Anda perasan tak ? Sekarang semakin ramai belia remaja kita di Malaysia yang KURANG AJAR ? Kurang ajar dengan rakan sebaya, kurang ajar dengan cikgu, kurang ajar dengan ibu bapa, kurang ajar dengan orang yang lebih tua, kurang ajar dengan orang awam.

Banyak sungguh contoh yang kita boleh saksikan, di dada akhbar dan di dalam televisyen; Kes-kes “Pelajar-pelajar sekolah bergaduh ala samurai”, “Pelajar lontar batu dan kayu pada Hari Guru”, “ Pelajar cedera parah dibelasah sekumpulan pelajar senior”, “Pelajar trauma setelah dibuli senior”, “Pelajar menyerang (seksual) guru wanita”.

Apa nak jadi dengan belia remaja sebegini ? Yang rata-ratanya lelaki, Melayu, Islam. Tiada adab sopan. Akhlak seperti binatang.

Salah siapa ? Salah ibu bapa?….atau Salah guru-guru?…

Mengapa ?

Kerana akar kepada pembentukan sahsiah seseorang manusia bermula dari keluarga.Keluarga adalah agen sosialisasi pertama akan ditempuhi setiap manusia setelah kelahiran mereka ke dunia.Setiap manusia itu dilahirkan ibarat kain putih semasa kecil, terpulang kepada mak bapak bagaimana cara mencorakkannnya. Maka, kegagalan sahsiah seseorang itu, penyebab utamanya adalah kegagalan asuhan dan didikan mak bapak.

Pepatah Melayu ada mengatakan “melentur buluh biar dari rebungnya”. Terdapat mak bapak zaman sekarang yang mengambil ringan akan perbuatan salah anak-anak mereka.Ternyata perbuatan anak-anak mereka salah, mereka masih ingin memenangkan. Mereka tidak menegur perbuatan salah tersebut , sebaliknya menggalakkan pula anak-anak mereka bertingkahlaku sedemikian. Alasan mereka “Biasalah…budak-budak”, “Biasalah tu..darah muda”

Ibarat “ketam mengajar anak berjalan’. Sikap mak bapak yang tidak memberikan tauladan yang baik kepada anak-anak amat mengecewakan. Bayangkan seorang bapak yang samseng menasihatkan anaknya agar jangan membuli orang. Anak-anak ini menjadikan ibu bapa mereka sebagai role model yang negatif dengan meniru dan mencontohi perangai-perangai buruk mereka yang lama-kelamaan menjadi sebahagian daripada personaliti mereka. Kini, adalah menjadi satu trend masyarakat , mak bapak bercakap kasar di dalam dan luar rumah dan kemudian membiasakan pula anak-anak mereka dengan percakapan yang lucah dan kesat.

Paling mengejutkan, ada juga mak bapak yang memenangkan anak-anak mereka yang telah ternyata melakukan perbuatan salah. Malah, mak bapak pula yang memberi keizinan kepada anak-anak mereka untuk terus melakukan kesalahan tersebut. “ Kau pergi jolok lagi mangga depan rumah orang tu, lepas tu boleh kita makan dengan kicap”.
Mak bapak pula mengajar anak-anak mereka mengambil sesuka hati hak kepunyaan orang lain.

Ada juga mak bapak yang memberi keizinan kepada anak-anak mereka berlaku biadab dan kasar. Sedangkan bersikap sabar dan mengalah itu amat penting untuk mengekalkan kedamaian “Apa..? Kau kena pukul…buat apa kau takut sangat kat budak tu..kau lawan la dia balik”.

Lagi satu, ada mak bapak yang menggalakkan anak-anaknya ego dalam berbicara. Mereka mahukan anak-anak mereka hebat berkata-kata dan jangan sesekali mudah mengalah dengan orang. Apabila bercakap, mereka sahaja ingin menang dan cakap mereka sahaja yang betul. Perkataan dan nada yang kasar dianggap perkara biasa dan melambangkan keterbukaan dan keramahan dalam pergaulan. Apabila terlalu taksub bercakap, mereka tidak mempedulikan sensitivity perasaan dan maruah orang lain. Sekiranya pihak yang mendengar tersinggung, itu adalah kerana dia tidak biasa dengan pergaulan sedemikian, bukan salah anak-anak mereka yang bercakap.

Saturday, August 16, 2008

~~Keajaiban Israk Dan Mikraj~~

INDAHNYA PERISTIWA ISRA' DAN MIKRAJ

Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."

(Surah Al-Israa': Ayat 1)

Peristiwa Isra’ dan Mikraj berlaku selepas nabi diuji dengan kematian dua orang yang paling rapat dan banyak membantu baginda dalam usaha menyebarkan dakwah Islam iaitu isteri tercinta Siti Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib. Tekanan yang dihadapi selepas kematian kedua insan yang disayangi semakin bertambah dan jika kita fikirkan dari segi logik akal maka dakwah Islam pasti akan terkubur. 

Namun kuasa Allah melebihi segala-galanya iaitu selepas penolakan dakwah oleh penduduk Taif, nabi telah dihiburkan dengan Isra’ dan Mikraj dan seterusnya diizinkan untuk berhijrah ke Madinah sehingga membina Daulah Islamiah yang telah mengubah kedudukan Islam daripada dihina kepada dipandang mulia, daripada lemah kepada memerintah. Dalam peristiwa di Taif iaitu ketika penduduknya bukan sahaja menolak mentah-mentah dakwah Islam malah telah melontar batu ke arah nabi sehingga berlumuran darah.
Kita dapat melihat nabi telah diberi peluang untuk menang mudah iaitu tawaran daripada malaikat penjaga bukit untuk menjadikan bukit bawah jagaannya sebagai emas tetapi ditolak oleh nabi sebagaimana nabi menolak tawaran malaikat penjaga bukit yang ingin menghancurkan penduduk Taif yang begitu degil dengan menjatuhkan bukit ke atas penduduk Taif.

Penolakan nabi ini memberi banyak pengajaran kepada kita umat Islam iaitu kekayaan bukanlah faktor utama dalam menegakkan Islam kerana jika kita perhatikan pada hari ini kebanyakan negara umat Islam dianugerahkan dengan hasil dalam negara yang banyak tetapi ia tidak membantu dalam membentuk umat Islam yang bersatu serta menghentikan penderitaan umat Islam yang sedang ditindas. Islam bukan mampu bangkit dengan kekuatan ekonomi semata-mata tetapi Islam bangkit melalui kekuatan aqidah yang ditanam dalam diri.

Peristiwa Isra’ Mikraj berlaku di dua tempat utama di bumi sebelum nabi dinaikkan ke sidratul muntaha iaitu bumi Mekah dan Palestin malah melalui ayat 1 surah Isra’ menjelaskan bagaimana Allah memberkati bumi isra’ dan sekitarnya. Sehingga kini bumi Isra’ iaitu Baitul Maqdis, Palestin terus menjadi rebutan tiga agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi sehinggakan keganasan Yahudi dalam membunuh dan merampas tanah milik umat Islam terus berjalan tanpa perikemanusiaan.

Sejarah Isra' dan Mikraj

Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Isra" itu.

Semasa Isra' 
(Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil Aqsa)


Sepanjang perjalanan (isra') itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);
 
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

2. Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

3. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

4. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri atau suami.

6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak mempedulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj 
(Naik ke Hadhratul Qudus Menemui Allah)


Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

1. Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

2. Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

3. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.

4. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.

5. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

6. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

7. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu La Haulawala Quwatta Illa Billah. 

Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: Subhanallah, Walhamdulillah, Wa la ila ha illallah allahuakbar dan Wa La Haulawala Quwata Illabillahil Azim. 

Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

8. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

9. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak derhaka kepada ibu bapanya.

10. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S.W.T: Ya Muhammad. 

Rasulullah : Labbaika. 

Allah S.W.T: Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. 

Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Daud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. 

Allah S.W.T: Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang. 

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. dibawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). 

Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)

Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Rasulullah saw langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah swt. Allah swt telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Rasulullah saw.

Masih terlekakah kita?