CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, October 18, 2012

Al-Ikhwan dan Aku

Hari ini biarlah 'saya' membahasakan diri sebagai 'aku'.. kerana apa yang ingin dikongsi pada malam ini terasa sangat dekat di hati...


Tiba-tiba malam ni teringat pada blog yang sudah bersawang ini. Ada hati nak ada blog macam orang lain tapi sangat jarang meng'update' blog. Lagipun aku tahu, blog yang sunyi sepi macam ni memang sah wa saheh tak kan ada orang yang membaca dan mengikuti perkembangannya. Lagipun blog ini diwujudkan sekadar untuk berkongsi cerita dan sebagai kenangan bila ada kesempatan.


Tahun 2012 tahun yang sangat mencabar kredibilitiku sebagai seorang pendidik di sekolah dan ibu di rumah. Tahun ini aku merasakan masaku lebih banyak dihabiskan di sekolah berbanding di rumah. Aku teringat dengan kata-kata PK HEM di sekolahku, sekiranya kita bersungguh-sungguh mendidik pelajar di sekolah, insyaAllah anak kita sendiri akan mudah dididik. Dan begitulah yang aku harapkan dalam setiap doakan sebagai seorang pendidik, ibu, mak, umi dan mama....:)


Rasa sejuk hati kalau ada pelajar yang memanggil kita dengan panggilan 'mak atau umi'. Walaupun kita tak pernah minta dipanggil dengan gelaran itu. Bila ada yang memanggil dengan panggilan mak atau umi selain ustazah, hati aku sebagai seorang ibu akan tersentuh. Maknanya pelajar bukan setakat menganggap kita sebagai guru, malah mengangkat martabat kita sebagai seorang ibu.


Orang kata 'Tak kenal maka tak cinta..bila dah kenal maka pasti boleh jatuh cinta'.. begitulah yang aku rasakan sekarang ni...oopss bukannya cintan cintun remaja ok. Ni cintan cintun versi lain.


Tahun ini juga saya dilantik sebagai guru pembimbing pasukan Nasyid sekolah Al-Ikhwan yang banyak merubah rutin hidupku sebagai pendidik. Mengenali anak-anak ini dan jurulatihnya membuatkan hilang segala kepenatan kerana kerenah dan semangat juang mereka. Mereka mengajar aku erti pengorbanan, kasih sayang dan keutuhan ukhuwwah. Berkat doa restu dari warga STAR dan sokongan yang jitu dari barisan pentadbir terutamanya pengetua sendiri yang kadang2 sanggup turun padang bersama kami semasa sesi latihan dan kritikan beliau banyak membantu memperbaiki mutu vocal dan persembahan al-ikhwan.

Ya Allah, selagi aku diamanahkan dengan tugas ini, insyaAllah aku akan buat yang terbaik untuk anak-anak ini. Kurniakanlah aku dan keluargaku kekuatan dan kesihatan yang baik ya Allah..kerana kekuatan ini datang dari sokongan suami, ibu bapa dan anak-anakku. Tanpa sokongan mereka aku tidak mampu menggalas tugas demi tugas sebagai seorang pendidik.