CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, July 31, 2011

Sentiasa di hati (3G4, 3G2, 3KC, 2KA DAN 2KB)

Saya sendiri tidak menjangka tahun ini saya akan meninggalkan mereka...dan mengajar menengah atas...



saya masih menyayangi pelajar2 saya di 3G4 as a form teacher...pelajar2 perempuan yg manja2...dan pelajar2 lelaki yg rajin membersihkan kelas...tlng saya menghias kelas masa hari kemerdekaan...masih saya ingat...Paling mengharukan saya..wlp saya selalu memarahi mereka..sedikit dendampun tidak pernah mereka tunjukkan malah saya rs sgt dihargai bila hari lahir saya..mereka sambut wlp saya tidak menjangka mereka akan berbuat demikian...sayangnya ustzh pd awk suma..sobss sobbss...(mode sedih)



3G2 yg saya lepaskan hujung tahun lepas pun masih sangat dirindui...gelagat mereka..dan keghairahan mereka menuntut ilmu..dan respon pelajar2 semasa dalam kelas...juga pelajar perempuan yg hampir kesemua A utk subjek ini...PMR nanti 100% A ok!



3KC yang ceria dengan gelagat abuzar dan my baby boy...juga pelajar2 lelaki yg hyper2 semua...tetapi cerdik2 belaka..pelajar perempuannya pulak cool dan menyejukkan hati..ustzh rs...setiap pelajar kelas ini..ustzh dpt memahami setiap perwatakan mereka tanpa mereka sedari...yanie yg ceria itu kadang2 menggelikan hati...Ya Allah..saya doakan semua mendapat 8A atau paling2pun 7A dlm PMR nanti..insyaALlah.



2KA yang menghiburkan saya dengan pelajar2 yg sporting dan sangat excellent menunaikan segala bentuk tugasan yang saya berikan..kepuasan mengajar anda bila hampir semua bukan setakat lulus..malah hampir semua A utk subjek Pendidikan Islam..harap kekalkan kecemerlangan wlau di mana saja anda bersekolah atau siapapun mengajar anda ok....luv u all..!



2KB yang menyeronokkan dengan gelagat lucu pelajar2 lelaki...wlp nakal tp masih mau belajar sungguh2...

Pelajar perempuan pula the best sbb paling suka respon dengan pengajaran saya...Aleisha yang kiut miut suka bertanya mcm2 dan akan kelihatan puas hati bila saya menjawab setiap pertanyaannya... menyebabkan saya rasa dihargai setiap kali masuk ke kelas ini...



Ingin sekali berdamping dan bersua muka dan mengajar mereka kembali..tp apakan daya kekangan masa dan tugas..menyebabkan ustzh tidak berkesempatan bertanya kbr ktkorg, hanya mereka yg aktif berfb yng kadang2 ustzh sempat bertegur sapa dan mengikuti perkembangan kalian...



anak2 didik sy yg kini berada di kelas..3G4, 3KC, 3G2, 2KA dan 2KB..wlp ustzh sik mengajar ktkorg lagi...harapan ustzh awk semua lulus dgn cemerlang...wlau siapapun mengajar...dan bila kitak org berolah..saya tetap susah hati..sekali anda menjadi anak saya...selama2nya anda adalah anak saya wlp siapapun anda..

Kertas Kerja Program Sambutan Ihya' Ramadhan

Sekadar perkongsian untuk rakan2 guru Panitia Pendidikan Islam...

Kalau ada kekurangan sila betulkan...semoga dpt dimanfaatkan bersama..


PROGRAM IHYA’ RAMADHAN 2011M/1432H

Ramadhan adalah bulan yang Allah janjikan kepada seluruh umat untuk mendapat pahala yang berlipat ganda. Justeru itu, program ini dirancang dan dilaksanakan dengan tujuan untuk mendapatkan keredhaan Allah dan memohon agar ibadah yang dilakukan mendapat ganjaran pahala dari Allah, serta dapat memberikan kesedaran dan pengajaran dalam penghayatan Ramadhan.


1.0. OBJEKTIF

v Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani,

intelek dan sosial selaras dengan falsafah Pendidikan Kebangsaan.

v Memupuk semangat setia kawan dan berpasukan serta melahirkan pelajar yang berketrampilan dan mempunyai disiplin yang tinggi.

v Membentuk pelajar yang prihatin dan mempunyai sifat ihsan melalui amalan sedekah.

v Melaksanakan ibadah puasa dengan sabar dan sempurna.


2.0. SASARAN

v Semua pelajar Islam dan guru Islam SMK Tunku Abdul Rahman.


3.0. AKTIVITI

v Majlis Pelancaran Program Ihya’ Ramadhan

v Tadarus Al-Quran guru dan pelajar

v Memperdengarkan Al-Quran/Zikir/Nasyid (Setiap pagi dan waktu rehat)

v Tazkirah Ramadhan (5 Minit setiap pagi)

v Kutipan Derma / Galakan Bersedekah (Tabung Ihya’ Ramadhan)

v Majlis Berbuka Puasa (Solat Terawih)

v Pameran (Sempena bulan kemerdekaan dan Ramadhan)

v Majlis Perasmian Penutupan Program Ihya’ Ramadhan dan Majlis Khatam Al Quran 1432 H


4.0. TARIKH & TEMPAT

v MAJLIS PELANCARAN PROGRAM IHYA’ RAMADHAN

Tarikh : 1 Ogos 2011

Hari : Isnin

Masa : 7.30 pagi – 8.30 pagi

Tempat : Dataran Laila Taib


v TADARRUS AL-QURAN GURU DAN PELAJAR

Tarikh : Sepanjang Bulan Ramadhan

Hari : Setiap Hari

Masa : 9.40 pagi – 10.00 pagi

Tempat : Surau Ar-Rahman SMK Tunku Abdul Rahman


v MAJLIS BERBUKA PUASA (SOLAT TERAWIH)

Tarikh : 12 Ogos 2011

Hari : Jumaat

Masa : 6.30 petang – 10.30 malam

Tempat : Ruang Serbaguna SMK Tunku Abdul Rahman


v PAMERAN & KUIZ (SEMPENA HARI KEMERDEKAAN DAN BULAN RAMADHAN)

Tarikh : 22 – 26 Ogos 2011

Hari : Setiap hari

Masa : 2.00 petang – 3.30 petang

Tempat : Surau Ar-Rahman STAR


v MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PROGRAM IHYA’ RAMADHAN DAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN

Tarikh : 26 Ogos 2011

Hari : Jumaat

Masa : 7.30 pagi – 11.30 pagi

Tempat : Ruang Serbaguna STAR


5.0. AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

v Rujuk Lampiran 1


6.0. TENTATIF PROGRAM

v Rujuk Lampiran 2


7.0. ANGGARAN PERBELANJAAN

v Rujuk Lampiran 3


8.0. PENUTUP

v Diharap program ini akan dapat melahirkan umat yang cemerlang di dunia dan akhirat serta menjadi insan yang bertakwa disamping menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup untuk kejayaan di dunia dan di akhirat. Dengan berpuasa dan berzakat serta bersedekah akan dapat melatih pelajar membantu rakan mereka yang kurang bernasib baik.

Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,

_________________________________ ____________________________

(USTAZ ABANG AHMADIAH B RASIDI) (PUAN RAKAYAH BT HJ MADON)

PenyelarasProgram, Pengetua,

SMK Tunku Abdul Rahman SMK Tunku Abdul Rahman


Lampiran 1

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

JAWATANKUASA INDUK PROGRAM IHYA’ RAMADHAN

Pengerusi : Pn Rakayah bt Hj Madon

Naib Pengerusi : Pn Arishah bt Hashim

Pn Dyg Rokiah bt Awang Saperi

Ustaz Hakihinutdin b Hussin

Penyelaras Program : Ustaz Abang Ahmadiah b Rasidi

Setiausaha : Ustazah Juwita bt Kana

Bendahari : Ustazah Diana bt Mohamad

AHLI JAWATANKUASA


PERKARA

AHLI JAWATANKUASA

BIDANG TUGAS

Penyelaras

Aktiviti Sepanjang sambutan Ihya’ Ramadhan:

* Majlis Pelancaran Program Sambutan Ihya’ Ramadhan

* Tadarus Al-Quran

guru dan pelajar.

* Memperdengarkan

Al-Quran/Zikir/

Nasyid (Setiap pagi

& waktu rehat)

dan

* Tazkirah Ramadhan

(5 Minit setiap pagi)

* Kutipan Derma /

Galakan

Bersedekah

* Majlis Berbuka

Puasa (Solat

Terawih)

* Pameran (Sempena

bulan kemerdekaan

dan Ramadhan)

* Majlis Khatam Al

Quran & Majlis

Penutupan rasmi

Program Sambutan

Ihya’ Ramadhan

  1. Ustaz Abang Ahmadiah dan Semua Guru Pendidikan Islam

  1. Ustazah Susilawati bt Hamid
  2. Ustaz Hakihinutdin b Hussin

  1. Ustaz Mahyuddin b Mejeri
  2. Dibantu oleh pengawas

  1. Ustazah Nurul Huda bt Che Mat Zuki

  1. Ustazah Diana bt Mohamad & Ustazah Juwita bt Kana

  1. Ustaz Abang Norhisyamri b Abang Puchok
  2. Ustazah Juwita bt Kana
  3. Semua guru Pendidikan Islam

  1. Ustaz Abang Ahmadiah b Rasidi

1. Menyediakan banner dan banting untuk majlis pelancaran.

2. Merancang perjalanan majlis dan berbincang dengan pengetua.

1. Memilih pelajar untuk tadarrus al-Quran dan Majlis Khatam Al-Quran

2. Mengagihkan kumpulan dan juzuk-juzuk.

1. Melantik dan memastikan pengawas bertugas pada setiap pagi dan rehat.

2. Menyediakan tazkirah yang sesuai berkaitan dengan fadhilat puasa, fadhilat bulan ramadhan serta fadhilat solat terawih (dibukukan).

1. Mengutip derma dari para pelajar dan guru pada setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat.

2. Hasil derma ini akan diagihkan kepada semua pelajar miskin pada Majlis Khatam Al-Quran.

1. Memilih menu berbuka puasa dan berbincang dengan pihak pentadbir dan pengusaha kantin.

2. Pengisian Tazkirah ringkas yang akan disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Ilyas bin Haji Mohd Salleh, Pegawai Hal Ehwal Islam, UITM Cawangan Ssarawak serta solat Terawih berjemaah.

1.Mencari bahan untuk

pameran:

* Pengurusan Jenazah

* Bahan untuk Sertu

* Jenis-jenis Khat

* Asal usul dan sifat Jin,

Iblis dan Syaitan

* Asal usul Yahudi dan

Zionis

* Tanda-tanda kebesaran

Allah SWT

1. Memilih pelajar dan guru yang terlibat untuk majlis Khatam Al-Quran.

2. Mengelolakan majlis ini secara keseluruhannya.

JK Jamuan Guru & Pelajar (Untuk Majlis Berbuka Puasa)

1. Puan Suriah bt Madli. (K)

2. Puan Lishawati bt Mohd Isa

3. Puan Fatimah bt Ayu

4. Puan Nashrima Benjamin

5. Puan Norazreen bt Kamarulzaman

6. Puan Saadah @ Fatimah bt Hj Awi

7. Puan Jamaiah bt Suntak

1. Berbincang dengan pengetua menu yang sesuai untuk majlis tersebut.

2. Menyediakan dan menghias tempat jamuan.

JK Mengurus Pelajar Menerima Zakat/Derma

1. Cik Asrina bt Hamid (K)

2. Cik Dayang Lina bt Awg Sadit

3. CIk Zarina bt Ramji

4. Cik Zuraida bt Zainol

5. Cik Norida bt Mohd Naser

6. Cik Nur Liyana Lian Abdullah

1. Mendapatkan nama pelajar dari Penyelaras Program.

2. Memaklumkan kepada pelajar yang terpilih.

3. Memastikan pakaian pelajar pada hari tersebut kemas dan mengikut peraturan.

4. Menyusun pelajar mengikut tingkatan.

JK Disiplin dan Kawalan Pelajar

1. Encik Mazmi b Muhamad (K)

2. Encik Abdul Malek b Zainudin

3. Encik Mohd Sharkawi b Md Askar

4. Encik Tahir b Mat

1. Mengawal disiplin pelajar secara aktif.

JK Fotografi & Dokumentasi

1. Puan Sharifah Maimunah bt Wan Raduan (K)

2. Puan Nur Jamilah Abdullah

3. Puan Fathiah bt Saini

1. Mengambil gambar yang sesuai sepanjang majlis berlangsung

2. Menyusun, memilih dan mengedit gambar-gambar yang sesuai untuk dokumentasi.

JK Jemputan dan Protokol

1. Puan Rabanim bt Mataim (K)

2. Encik Abdul Rahman b Hj Sapawi

3. Encik Mohd Yassin b Kadir

4. Puan Faridah Hanam bt Abdul Mutalib

5. Puan Natijah bt Brahim

1. Menghantar surat dan menjemput penceramah.

2. Menemani penceramah ke tempat jamuan.

3. Menyediakan ruang untuk tandatangan tetamu jemputan dalam buku tetamu.

JK Kebersihan, Persediaan Tempat dan Peralatan

1. Ustaz Abang Ahmadiah b. Rasidi (K)

2. Encik Azahari b Jaffri

3. Encik Izat Usally b Jemat

4. Encik Jamaein b Masawi

5. Encik Zakaria b Hj Bujang Sum

6. Encik Zamahari b Jepon

1. Menyusun kerusi/meja secukupnya

2. Menyediakan rostrum di pentas

3. Mengemas semula kerusi meja selepas digunakan

4. Memilih pengawas untuk membantu.

5. Memastikan kebersihan sekitar foyer kantin sebelum dan selepas majlis.

JK Siaraya

1. Ustaz Mahyuddin

b Mejeri

2. Encik Mohd Asrin

b Abd Latif

(Dibantu oleh AJK

Amali Solat)

1. Memastikan PA sistem berfungsi dengan baik sepanjang majlis.

2. Menyediakan LCD untuk penceramah.

3. Mengemas peralatan selepas program selesai

JK Pentas dan ‘Backdrop’ (Majlis Khatam Al-Quran)

1. Puan Sarimah Bt Wak

2. Puan Nor Asmah Bt Ali Hassan

3. Cik Hanifah Bt Mustapha

4. Puan Santi Bt Sabihie

5. Dyg Norashikin bt Awg Chee

6. Puan Dyg Hajar bt Awg Dahlan

7. Pn Noor Lizura bt Mohamed

8. Cik Irmaningsih bt Nabet

1. Menyediakan backdrop yang

sesuai.

2. Menyusun bunga.

JK Persembahan (Majlis Khatam Al-Quran)

1. Encik Shah Rizan b Suif (K)

2. Puan Salbi b Abu Bakar

3. Encik Zulzamri b Hj Hashim

4. Encik Mohd Abree b Amin

1. Berbincang dengan pentadbir persembahan yang sesuai pada majlis Khatam Al-Quran.

2. Melatih pelajar membuat persembahan untuk majlis tersebut.

JK Bacaan Doa

Abang Norhisyamri b Abang Puchok

Menyediakan teks bacaan doa yang sesuai untuk semua majlis sambutan ihya’ Ramadhan

JK Buku Program & Cenderamata

1. Ustazah Juwita bt Kana

2. Puan Halifah Bt Matadi

Menyediakan buku program dan cenderamata untuk tetamu VIP

JK Juru Acara

1. Puan Muhibbah b Hj Beden

2. Encik Shamsurya b Hj Hamden Hamid

Mengacarakan majlis Penutupan Program Sambutan Ihya’ Ramadhan dan Khatam Al-Quran

J/kuasa Publisiti

1. Ustaz Mahyuddin b. Mejeri (K)

2. Semua guru Pendidikan Islam

1. Mewar-warkan program dan aktiviti panitia Pendidikan Islam.




LAMPIRAN 2

TENTATIF PROGRAM IHYA’ RAMADHAN

PERINGKAT SEKOLAH


1 OGOS 2011 (HARI ISNIN)
MAJLIS PELANCARAN PROGRAM IHYA’ RAMADHAN

ATUR CARA :-
7.00 pagi – 7.10 pagi : Pelajar dan guru berkumpul di dataran Laila Taib

7.10 pagi – 7.20 pagi : Bacaan Doa
: Nyanyian lagu Negaraku dan Lagu Sekolah
: Lafaz Ikrar

7.20 pagi – 7.30 pagi : Bacaan Ayat Suci Al-Quran oleh
adik Ricky Hambali b Jiffrion

7.30 pagi – 7.35 pagi : Ucapan Alu-aluan oleh
Ustaz Abang Ahmadiah b Rasidi
selaku Penyelaras Program Ihya’ Ramadhan

7.35 pagi – 8.15 pagi : Ucapan Perasmian oleh
Puan Rakayah bt Haji Madon
selaku Pengetua SMK Tunku Abdul Rahman

8.15 pagi : Acara Kemuncak, Upacara Memotong Riben
‘Banting’ disempurnakan oleh Puan Pengetua
menandakan bermulanya Sambutan Ihya’ Ramadhan.

: Kutipan Tabung Ihya' Ramadhan dari Barisan Pentadbir.


: Tazkirah pertama akan disampaikan oleh
Ustaz Mahyuddin b Mejeri selaku penyelaras
Untuk aktiviti Tazkirah 5 Minit setiap pagi.

: Persembahan Nasyid

8.30 pagi : Majlis Bersurai

: P & P dijalankan seperti biasa





12 OGOS 2011 (HARI JUMAAT MALAM SABTU)
MAJLIS BERBUKA PUASA (SOLAT TERAWIH)

ATUR CARA :-

6.30 petang : Pelajar dan guru berkumpul di ruang Serba guna Kantin
Untuk berbuka puasa

6.53 – 7.30 petang : Berbuka Puasa

7.30 petang : Solat Maghrib berjemaah
: Tazkirah ringkas disampaikan oleh
Al-Fadhil Ustaz Ilyas bin Haji Mohd Salleh,
Pegawai Hal Ehwal Islam, UITM Cawangan Sarawak

8.30 malam : Solat Isyak
: Solat Terawih
: Solat Witir

9.30 malam : Jamuan makan

10.30 malam : Bersurai