CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, July 28, 2011

Bumi STAR bukan Asing Bagiku

Masuk tahun kedua di STAR....saya mula dapat menyesuaikan diri dengan budaya di sini...


Bila kita cuba memahami orang lain nescaya orang akan memahami kita...begitu juga...bila kita membantu orang lain..insyaAllah...saat-saat kita memerlukan bantuan pasti orang akan ringan tulang membantu kita...


Di sini....budayanya sangat berbeza dengan di tempat lama...walaupun pada mulanya hati ini sering merindui bumi lama...tapi lama-kelamaan rindu itu terubat jua dengan kerenah anak-anak didik dan guru-guru yang baik hati, ringan tulang dan sentiasa membantu bila diperlukan...Alhamdulillah..


Walaupun banyak dugaan yang ditempuhi....kalau ada yang bertanya kenapa saya bertahan di bumi STAR ini...Antaranya:


1. Kerana anak-anak didik di sini...hanya Allah yang tahu...bila kita mengajar mereka...secara automatik rasa kasih sayang tumpah terhadap mereka...kadang kesedihan yang mereka hadapi..kita turut rasai bersama...bila mereka buat perangai..secara automatik kita akan susah hati... Bila kita dilantik menjadi guru tingkatan...secara naluri semulajadi..mereka adalah anak kita no 1 di sekolah...dan apa sahaja menjadi keutamaan...


Saya suka menghias kelas...untuk menceriakan kelas...agar anak2 berada dlm kelas yang cantik dan selesa supaya mood untuk belajar dapat dibangkitkan...


Walaupun tahun ini saya dilantik menjadi guru kelas tingkatan 4...rasa sayang saya pada kelas 2Q4 2010 tidak pernah luntur...kadang bertembung dengan mereka...teringat dengan kerenah mereka.. kdg ingin tahu perkembangan mereka melalui guru tingkatan mereka yang baru...


Bukanlah mahu menyibuk...tapi entahlah...naluri sebagai guru tingkatan mereka tetap utuh... begitu jugalah dengan anak2 1 ibnu Khaldun 2003 dan 2 Gigih 2004...


Bila tahun 2004 hingga tahun 2009 tidak lagi memegang jawatan sebagi guru kelas...rasa tidak disayangi pulak...tapi rasa tersisih sebab bukan guru tingkatan terhibur bila kelas-kelas yang diajar dan pelajar Puteri Islam masih rapat dengan saya walaupun saya bukan guru kelas...


Kenapa saya suka merapati pelajar saya? Sebab saya sangat suka memahami jiwa mereka... Mendengar rintihan remaja mereka...mengingatkan saya pada zaman remaja saya dulu bila merasa tidak disayangi oleh guru..


Zaman sekolah menengah berbeza dengan zaman sekolah rendah...bila berada di sekolah rendah..terasa disayangi oleh guru-guru. Tetapi bila di sekolah menengah dan tinggal di Asrama...sahabat la menjadi penghibur di kala duka dan suka...


Sepanjang bergelar guru...apa yang dapat saya nilai sendiri...

  • Pelajar Tingkatan 1--Masih lagi berjiwa kanak2 sekolah rendah...mendengar kata...dan hormat kita sebagai guru dan takut bila dimarahi...

  • Pelajar Tingkatan 2--Bermulanya krisis identiti dan jati diri..krisis kanak-kanak yang menjengah ke alam remaja...jiwa ingin memberontak...ikut kawan dan suka mengagungkan kawan2...masa ini...kiranya salah pilih kawan..maka identiti diri bercelaru...betul pilih kawan maka jati diri pun kuat...

  • Pelajar Tingkatan 3--Menginjak usia remaja..masa ini kawanlah segala-galanya..tapi kenakalan akan berkurang sedikit...

  • Pelajar Tingkatan 4--Bermulanya episod mengawan...mula lah rasa ingin disayangi dan menyayangi...Bagi perempuan dah mula ada rasa perasaan malu terhadap lawan jenis..yang lelaki pulak dah mula ushar2 apa yang patut...erm time ini...kekerasan sukar membentuk mereka..apa yang boleh...jadikan mereka sahabat kita..dan kita sahabat yang suka mendengar luahan mereka..insyaAllah mereka akan menghormati kita...

  • Pelajar Tingkatan 5--Masa ni..mereka dah mula matang...tidak lagi terjerit2 dalam kelas atau berlari ke depan dan ke belakang...sudah mula malu bila dimarahi...tp bahaya kalau dimalukan di depan kelas..mereka mudah berdendam...dan bila kita marah dan kita bgtau rasional di sebalik kemarahan kita itu...mereka boleh terima...

Saya pernah berfikir...kalau saya bukan seorang guru...profesion mana yang layak untuk saya... Bila difikir-fikir...tiada satupun yang layak untuk saya melainkan menjadi seorang guru...


Saya pernah menghuni wad hospital berminggu-minggu... Masa melihat kesakitan muka pesakit2 sekeliling saya...saya jadi kagum dengan nurse dan doktor...susah juga nurse dan doktor bila berdepan dengan pesakit-pesakit...silap sikit nyawa akan terancam.. hari2 berdepan dengan kematian..hari2 berdepan dengan risiko penyakit berjangkit... Lagi-lagi kalau pesakit lepas operate...yang membersihkan pesakit dari atas hingga ke bawah adalah nurse!....betapa kebalnya jiwa mereka..melihat benda yang tak sepatutnya dilihat....Kalau saya di tempat mereka...saya tak sanggup...ya Allah...bersyukur saya dilahirkan untuk menjadi seorang guru...


2. Sebab saya bertahan di Bumi ini adalah kerana guru-gurunya


Mereka adalah guru-guru yang banyak membantu saya di bumi ini...ya Allah...betapa besarnya peranan mereka memberi kebahagiaan dan kegembiraan kepada saya...sehingga saya melupakan keperitan saat-saat dikhianati dan disakiti...


3. Kerana Pengetua 'very supportive' untuk program-program keagamaan

Melihat rintihan rakan-rakan seperjuangan di sekolah masing-masing yang sukar untuk melaksanakan program/ akiviti agama kerana tidak mendapat sokongan dari pihak pentadbir, saya sangat bersyukur kerana pengetua di BUMI ini sangat-sangat berminat dan menyokong segala usaha kami, Panitia Pendidikan Islam melaksanakan segala program keagamaan dengan syarat Semua Program tersebut dibuat sungguh-sungguh (Pantang sekali beliau kalau program dibuat 'cincai'), malah hiasan pentas yang nampak cincai akan mendapat kritikan beliau.


Saya melihat kritikan beliau bukan sebagai sesuatu yang negatif tetapi adalah sangat positif. Saya ingat lagi Pengetua SMK Wangsa Maju Seksyen 2 yang menggantikan Datin Mahani, walaupun sekejap tapi didikan beliau itu sangat berguna...beliau juga tidak mahu apa-apa sahaja acara di sekolah di buat simple atau cincai... kerana pandangan orang luar pada kehebatan sesebuah sekolah adalah dari pandangan pertama mereka. Sebab itu apa sahaja acara...meja2 mesti di alas..bukan setakat alas tapi dengan skirting sekali.


Syukur kepada Allah SWT...kerana menganugerahkan seorang ketua yang masih menyintai apa-apa sahaja yang berkaitan dengan program keagamaan... Rintihan hati beliau yang inginkan warga anak2 STAR celik Al-Quran sangat2 murni...dan InsyaAllah...kami sedaya upaya cuba merealisasikan amanat beliau...


4. Persekitaran sekolah yang kondusif, cantik dan bersih

Mula-mula saya menginjak kaki di BUMI ini...saya kagum dengan Bilik guru yang tersusun kemas...meja guru yang cantik...macam pejabat mewah beraircond... Dan paling menggembirakan saya...bilik airnya yang bersih...saya ni adalah orang yang kerap mengunjungi bilik air selepas bersalin anak pertama lagi... Dan bilik air yang bersih amat penting kerana bilik air yang kotor akan membantutkan Qada' hajat saya...dan menjadikan perut saya tidak selesa dan sebu...:D


5. Staff sokongan yang peramah dan suka membantu orang lain


Mula-mula bercakap dengan Kak Malisa (Clerk) teringat saya dengan kak Jamilah...caranya lemah lembut macam kak Jamilah juga...sangat senang berurusan dan mudah sangat membantu kita.


Begitu juga dengan CC, kak hanifah..baik sangat dan caring...bila mendengar berita anak saya diserang sawan...tanpa diminta kak hanifah share dengan saya pengalaman dia menangani masalah anaknya yang hampir sama dengan masalah saya...


Seorang lagi Staff bernama Dayang Hasmah...tak pernah lagi menolak bila saya memohon bantuan..pasti disambut dengan baik dan dibuat sungguh2...syukur Alhamdulillah..Teringat saya dengan kak Zah dan kak CT yang baik sangat di SMKWM2.


Tak kurang juga dengan PAR..Pakcik Jemat...baiknya dia..ringan tulang...sangat senang berurusan dan minta tolong dengan beliau ni.


Harapanku...agar Allah kekalkan semangat juangku...agar Allah tingkatkan kesihatanku, agar Allah suburkan kasihsayang dan perpaduan di hati guru2 agar tiada lagi sengketa, saling mengkhianati dan hasad dengki...Jadikan kami ya Allah...guru2 yang berdedikasi..yang cemerlang, gemilang dan terbilang di sisi agamamu...berkati dan redhailah pekerjaan kami...amin ya rabbal 'alamin


0 comments: