CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, December 23, 2011

Bersyukurlah anda bergelar pendidik

Teringat dengan kata-kata seorang sahabat kat status FBnya:

"Saya ulang ye, saya kerja kerana Allah saya... jadi,semua tugasan saya, rezeki saya,hasil saya semuanya datang daripada Allah. Saya bukan kerja sebab mahukan murid dapat prestasi tinggi dan dapat pendapatan tinggi. Kemenjadian murid saya adalah modal insan di sisi Allah. Selebihnya, Allah tentukan. Sekian, harap maklum... :)"


Kadang-kadang, sangat susah kita nak buat orang faham..yang bila kita melakukan tugas itu, kita lakukan dengan ikhlas kerana Allah. Sebab apabila kita diamanahkan sesuatu, kita mesti melaksanakan dengan tekun.


Orang yang diamanahkan, tetapi tidak melaksanakan malah mengkhianatinya adalah ciri-ciri orang munafik. Munafik boleh merosakkan iman. Na'uzubillahimin dzalik.


Atas kesedaran inilah, setiap amanah yang diberikan kepada saya, saya cuba laksanakan dengan sebaik mungkin dan sedaya yang termampu. Semoga Allah berikan saya dan keluarga dengan kesihatan yang baik.


Tapi, tidak ramai yang memahami konsep ikhlas bekerja kerana Allah. Ada segelintir menganggap, bila kita bekerja dengan tekun, kita nak rebut APC (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang) atau nak dapatkan markah LNPT yang tinggi, atau nak mengambil hati boss.


Saya sebenarnya langsung tidak kisah dengan semua itu. Sebab itu, semasa di sekolah lama, sama tidak pernah ambil tahu markah LNPT saya dan apabila rakan-rakan guru dapat APC, saya tumpang gembira untuk rezeki yang Allah kurniakan. Malah, rakan-rakan yang dapat APC ini bermurah hati menaja makanan kami pada sambutan hari guru setiap tahun. Jadi kenapa masih ada yang nak berasa iri hati dan berdengki..kerana akan tiba juga rezeki anda.


Saya cuma tahu markah LNPT saya setelah saya berada di sekolah baru, itupun sebab bila cukup tempoh perkhidmatan saya mengisi borang untuk memohon kenaikan ke DG44. Jika memang sudah rezeki saya, dapatlah saya kenaikan tersebut. Tapi jika masih bukan rezeki saya, saya pasrah..kerana Allah mungkin merancang yang TERBAIK untuk kita.


Saya memang suka menjadi guru, dan saya tak boleh bayangkan saya memilih kerjaya selain guru.

Saya pernah tinggal di wad HKL dan HUS Sarawak kerana sakit yang sama..

Masa berada di wad lah banyak memberi kesedaran kepada saya, betapa untungnya saya bergelar guru. Saya tidak dapat bayangkan diri saya seorang doktor dan nurse yang hari-hari terpaksa berdepan dengan muka-muka yang tidak ceria, wajah-wajah yang berduka dan bersedih kerana menahan sakit atau bakal menemui ajal. Betapa sabar dan tabahnya mereka. Tekanan yang mereka hadapi lebih hebat lagi dari berdepan dengan seorang pelajar nakal atau pelajar malas...atau pelajar yang lembam dalam kelas. Syukur ya Allah kerana memilih Aku dalam kerjaya ini.


Jadi para guru, bersyukurlah anda adalah seorang guru...didiklah anak-anak ini dengan jiwa. Bak kata pengetua.. Mendidik dengan jiwa amat berbeza bila seorang guru mendidik dengan hati. Maksud sila fikirlah sendiri ye.


Sekian, terima kasih kerana sudi membaca.

Tuesday, September 13, 2011

Anak2ku yang hyperaktif

Melalui fasa kehidupan sebagai ibu kepada anak-anakku..betul-betul mencabar daya tahan tubuhku yang tak berapa kuat ni..

Dengan kerenah anak-anak didik ku di sekolah...terutamanya kelas 4B1...yang aku rasa start tahun ni..membuatkan aku berulang kali sakit tekak..akibat volume suara sehabis nyaring apabila mengajar di kelas tersebut...

Kelas yang seramai 36 orang itu dengan majoritinya lelaki...hanya segelintir sahaja pelajar lelaki yang bersopan santun..selebihnya...pelajar yang aku kategorikan sebagai pelajar hyperaktif..yang memang tidak tahu duduk diam belajar baik baik dalam kelas..haishhh..

kadang-kadang, aku tidak mampu mengawal kerenah mereka yang tiba-tiba terkinja-kinja minta perhatian kawan-kawan..buat perangai pelik-pelik...me'NGEBOOO' kawan-kawan tanpa sebab yang tidak kelakar...lagi-lagi dalam minggu ni..dah la setiap kali aku bercakap akan terbatuk2...hanya matalah yang mampu menyaksikan perangai mereka..fokus mereka kepada pembelajaran hanya 10 minit je bertahan..kemudian..mereka akan mula buat tayangan perangai dengan harapan kawan2..gelak dan mereka puas hati dpt menarik perhatian rakan2 dan membuat rakan2 yang lain gelak.

Kesian melihat pelajar perempuan dan segelintir pelajar yang lain tidak dapat menumpukan perhatian kepada pembelajaran mereka..kerana huru hara yang dibuat oleh pelajar ini..

Bilalah akan berubah.entah lah..agaknya kalau dipisah2 kan mereka ni ke kelas lain..barulah perangai boleh diubah..

Sunday, August 21, 2011

Markah Progresif 2 Pendidikan Islam Ting 4 2011

TINGKATAN 4 AL-BIRUNI 5



1. SYED ZABIDI - 78 (SATU2 NYA PELAJAR HARAPAN SAYA UTK SCORE A SPM 2012, TP PROBLEMNYA SYED JARANG DTG KE SEKOLAH, KLU NYA SEPERTI MAHATHIR YG SETIAP HARI DTG KE SKOLAH, KLU TGK CARA DIA MENJWB SOALAN..LAYAK UTK KELAS 4B1, TAHNIAH!)



2. MAHATHIR- 69 (PELAJAR 4B5 YG SGT RAJIN DAN ADA KESUNGGUHAN UTK BELAJAR)



3. AFIFAH- 59 (PELAJAR HARAPAN 4B5, ADA PENINGKATAN, TERUSKAN USAHA)



4. SITI NUR-AIN- 55 (PELAJAR HARAPAN 4B5, ADA PENINGKATAN, TERUSKAN USAHA)



5. JULIANA- 54 (PELAJAR HARAPAN 4B5 YG LULUS SEMUA EXAM, SMOGA PELAJAR INI MAKIN CEMERLANG DAN TERUS CEMERLANG)



6. RIFDHAL- 53 (MENAMPAKKAN PERUBAHAN SIKAP, ADA KESUNGGUHAN UTK BELAJAR DAN DIAMANAHKAN UTK MEMBIMBING UPIN DAN IPIN. RIFDHAL BERPOTENSI DAN SGT CENDERUNG KPD SUBJEK AGAMA DAN AKTIVITI KEAGAMAAN, BERKEBOLEHAN MEMBACA AL-QURAN DGN BAIK DAN MELAUNGKAN AZAN DGN BAIK)



7. MASNIZAH - 50 (JUGA PELAJAR HARAPAN SAYA UTK LULUS SUBJEK INI, XPERNAH LAGI WALAU SEKALI PELAJAR INI GAGAL)



8. IDA- 45 (TAHNIAH! KERANA BERJAYA MENEBUS KEGAGALAN PD PENGGAL YG LEPAS, TERUSKAN USAHA DAN FOKUSLAH DLM KELAS)



9. MOHD TAQIUDDIN- 43 (AKHIRNYA BERJAYA MEMECAH TEMBOK TELO GERGASI, TAHNIAH KERANA LULUS BUAT PERTAMA KALINYA, TERUS BERUSAHA DAN UBAH SIKAP YG MALAS DAN TIDAK FOKUS DLM KELAS, ANDA BERPOTENSI UTK CEMERLANG DLM PELAJARAN SEBENARNYA)



10. NORMASLINA - 39 (PERLUKAN USAHA GIGIH UTK BERJAYA, KETEPIKAN MASALAH PERIBADI BILA MENJEJAKKAN KAKI KE SEKOLAH, KERANA MASA DEPAN DI TGN ANDA)



11. AMIRUL ASYRAF- 39 (PERLUKAN USAHA GIGIH DAN TUMPUAN DLM KELAS, JGN BIARKAN DIRI ANDA DIPERALATKAN OLEH ORG LAIN, BERUSAHALAH SEHINGGA BERJAYA)



12. MOHD AZREEN- 37 (SGT2 MEMERLUKAN USAHA YG GIGIH DAN BERTERUSAN SERTA PERUBAHAN SIKAP YG SGT2 MALAS DAN TIDAK MAHU BERUSAHA SEHINGGA ANDA BERJAYA PD MASA DEPAN DAN TIDAK AKAN MENYESAL KERANA TIDAK MENDENGAR NASIHAT GURU ANDA)



13. SAHRIL - 36 (SI UPIN YG MEMERLUKAN PERHATIAN YG SERIUS DLM PELAJARAN. MEMERLUKAN PERUBAHAN SIKAP YG SERIUS DAN BANTUAN DR PARA GURU, TETAPI SEKIRANYA DIRI SENDIRI YG TIDAK MAHU BERUBAH, WLP GURU BERIA2 HENDAK MEMBANTU ANDA...TP ANDA SENDIRI TDK MAHU MEREBUT PELUANG YG ADA DI DEPAN MATA..BERUBAHLAH DEMI MASA DEPAN)



14. KHALID- 31 (MEMERLUKAN USAHA YG GIGIH DAN BERTERUSAN, KERANA SEMAKIN HARI PRESTASI ANDA SEMAKIN MEROSOT. SIKAP TIDAK HADIR KE SEKOLAH, HANYA MENYEBABKAN AWK KETINGGALAN..BERUBAH LAH DEMI MASA DEPAN YG CERAH)



15. SAHROL- 28 (SI IPIN YG JG MEMERLUKAN PERHATIAN YANG SERIUS UTK BERJAYA. SIKAP SENDIRI YG TIDAK MENGHIRAUKAN PENGAJARAN GURU DAN SUKA SGTTTTT BERCKP MASA GURU BERCKP MENYEBABKAN ANDA HILANG FOKUS DAN TIDAK MEMAHAMI PENGAJARAN GURU..BERUBAHLAH UTK MASA DEPAN YG CERAH)



16. AFIEZUL- 28 ( SEORG PELAJAR YG BOLEH TAHAN CERDIK SBENARNYA TP DEK KERANA SIKAP YG TERLAMPAU MALAS DAN TIADA MOTIVASI DIRI MENYEBABKAN AWK TIDAK BERSEMANGAT UTK BELAJAR. FIKIRKANLAH, MASA DEPAN ANDA, ANDA SENDIRI YG MENCORAKKANNYA.. KLU BELAJAR SAMBIL LEWA MASA SEKARANG..SUKAR UTK BERJAYA MASA DEPAN)



17. SAIFUL NIZAM-22 (PERLUKAN PERUBAHAN YG SERIUS DAN PEMERIKSAAN DOKTOR PAKAR, PELAJAR INI DR AWAL TAHUN HINGGALAH BULAN 8 NI SERING TIDUR DALAM KELAS, DAN SAYA PERHATIKAN MASA HARI SUKAN, BELIAU BERLARI DAN KETINGGALAN JAUH DR PELAJAR LAIN. KEKURANGAN OKSIGEN MUNGKIN PENYEBAB UTAMA BELIAU SERING MENGANTUK DLM KELAS. WLP TELAH DIKEJUTKAN DAN DIGONCANG2 KEPALANYA, MASIH LAGI BELIAU TIDAK DPT MEMBUKA MATA. SEKOLAH BAGINYA ADALAH KATIL TEMPAT TIDO. JD SAIFUL, INGIN BERJAYA? BERUBAHLAH!)



18. FIRAS-28 (PD PENGGAL YG LEPAS, FIRAS BOLEH LULUS SUBJEK PI. UTK KALI INI, FIRAS LANGSUNG TIDAK CUBA MENJAWAB BHGN B YG MEMPERUNTUKKAN MARKAH SEBYK 60. SIKAP SAMBIL LEWA MENYEBABKAN FIRAS TIDAK BERUSAHA UTK MENJAWAB SOALAN. JUGA MEMERLUKAN PERUBAHAN SIKAP)



19. ROSNANI- 20 (ANTARA PELAJAR PEREMPUAN YG MERISAUKAN SAYA. SERING TIDAK HADIR MEMBUATKANNYA KETINGGALAN, BERUBAHLAH NANI, SIKAP TERSEBUT HANYA MEMBAWA KEGAGALAN)



20. NAZREEN- 20 (SEORG LAGI PELAJAR YG SAYA LIHAT ADA POTENSI TTP DISBBKAN SIKAP MALAS, DIA HILANG FOKUS DLM KELAS DAN)



21. NOR SHAFIQ- 16 (ORGNYA BAIK TETAPI KURANG TUMPUAN DLM KELAS, SMOGA SIKAPNYA YG RAJIN INI MEMBAWA KEBERKATAN DLM HIDUPNYA)



22. RADEN - 7 (SEORG PELAJAR YG BAIK TTP SERING TIDO DAN TIDAK BERMAYA. PERLUKAN USAHA YG GIGIH DAN TUMPUAN SEMASA GURU MENGAJAR)





TINGKATAN 4 AL-BIRUNI 4



1. MASTURINA- 80 (PELAJAR HARAPAN A, TAHNIAH!)



2. MUSLIHA- 77 (TAHNIAH! ADA PENINGKATAN..TERUSKAN USAHA)



3. SHARIFAH AINA- 71 (TAHNIAH! ADA PENINGKATAN)



4. FARATUL AQMA- 70 (TAHNIAH! JG ADA PENINGKATAN)



5. NASUHA- 67 (USAHA LEBIH GIGIH LAGI!)



6. FIRDAUS TOKEK- 66 ( USAHA LAGI DEMI TOKEK ANDA!)



7. RAFIQAH- 66 (USAHA LAGI UTK CEMERLANG!)



8. NADIA MAJEDI -65 (TAHNIAH! ADA PENINGKATAN)



9. NADIA ZULKIFLI- 64 (USAHA LAGI UTK CEMERLANG)



10. IBRAHIM- 63 (BAGUS, KALI PERTAMA EXAM DAH MEMBUKTIKAN ANDA BOLEH BERJAYA, TERUSKAN USAHA)



11. NAJIB- 63 (USAHA LAGI, ANDA BERPOTENSI UTK LEBIH CEMERLANG DRP INI)



12. SHAHRIL-63 (KLU ANDA LEBIH SERIUS BELAJAR, ANDA BOLEH DPT CEMERLANG DRP INI, IBOH GAGO MUSIN SEKOLAH DAN LAMBAT MASUK KE KELAS)



13. NASHARUDDIN- 62 (JG PELAJAR YG BERPOTENSI UTK LEBIH CEMERLANG)



14. AZDHAR- 60 (KLU LEBIH FOKUS DLM KELAS DAN TIDAK BERLOYAR DGN QAMERUL MASA BELAJAR, PASTI LEBIH CEMERLANG)



15. HAFIZIN- 59 (PRESTASI SEMAKIN MEROSOT, ADA POTENSI SEBENARNYA TP SLALU MCM BERKHAYAL DLM KELAS N MELAYAN KWN2 TEPI PINTU YG SUKA BERLOYAR BURUK)



16. AZRUL- 58 (BERMULUT BECOK, SUKA BERCKP SIK HENTI2, N SUKA CARI GADUH DGN LAILA, KLU SIKAP AWK LEBIH FOKUS MASA BELAJAR, GERENTI LEBIH CEMERLANG)



17. ATIQAH- 57 (ANT YG RAJIN DLM KELAS, TP MUN LEBIH FOKUS GERENTI LEBIH CEMERLANG, UDAH GIK KELAKA NGN LAILA MASA BELAJA)



18. SUHANUM- 57 (ADA POTENSI UTK LEBIH CEMERLANG TP PERLU RAJIN DTG KE SEKOLAH)



19. EZZATI- 56 (JG ADA POTENSI UTK LEBIH CEMERLANG, CUMA PERLU FOKUS MASA BELAJA DAN JGN LA BERKHAYAL)



20. SYAFFIQAH- 51 (ORGNYA BAIK DAN PENDIAM, ADA POTENSI UTK LEBIH BERJAYA TP PERLU RAJIN KE SEKOLAH)



21. AZIRE- 48 (PERLUKAN PERUBAHAN SIKAP DAN FOKUS DLM KELAS)



22. AZAIM- 46 (JG PERLUKAN PERUBAHAN SIKAP, IBOH NAK MALAR JAK MERAJUK DGN CIKGU. BERSIKAP MATANGLAH)



23. HANIQ- 44 (PERLU LEBIH FOKUS DLM KELAS, ABAIKAN SIKAP AZRUL YG BECOK YA)



24. IKMAL- 40 (TAHNIAH, BUAT PERTAMA KALINYA LULUS, ANDA BOLEH SEBENARNYA. TERUSKAN USAHA DAN FOKUS DLM KELAS)



25. QAMERUL IMAN- 40 (ANDA BOLEH DPT LEBIH BAIK DR INI, TP SBB SELALU HILANG FOKUS DLM KELAS MENYEBABKAN AWK XFAHAM APA YG DIAJAR. BERUBAHLAH DEMI MASA DEPAN)





TINGKATAN 4 AL-BIRUNI 2



1. DYG NAZIRAH (SI MANIS YG AYU)- 90 (TAHNIAH! KERANA BERJAYA MENJADI PELAJAR MERAIHKAN MARKAH TERTINGGI SELAIN HAFIZ, TERUSKAN USAHA..PASTIKAN AWK DPT MARKAH TINGGI DR ARIF, BIAR ARIF USAHA LEBIH SIKIT UTK MENGATASI AWK)



2. HAFIZ (SI HITAM MANIS)- 90 (TAHNIAH! SEBARIS DGN DYG, SEMAKIN MENINGKAT BERMAKNA AWK SUDA NAMPAK POTENSI DIRI AWK. TERUS BERUSAHA PASTI BERJAYA!)



3. MASLYN (SI MANIS YG AYU)- 88 (SEMAKIN MENYERLAH..TAHNIAH! TERUS BERUSAHA PASTI CEMERLANG)



4. NURUL HASIKIN (SI MANIS YG GEBU) (ANT PELAJAR HARAPAN A, KEKALKAN PRESTASI TINGKATKAN USAHA, TAHNIAH!)



5. NUR JANNAH (SI COMEL KIUTMIUT)- 87 (JG ANT PELAJAR HARAPAN A, KEKALKAN PRESTASI DAN PASTIKAN USAHA AWK BERTERUSAN, TAHNIAH!)



6. NUR'LAILA (SI CANTIK TINGGILAMPAI)- 87 (PELAJAR HARAPAN A DAN JG PELAJAR YG SEMAKIN MENUNJUKKAN PENINGKATAN, TERUSKAN BERUSAHA DAN TINGKATKAN KECEMERLANGAN!, TAHNIAH!)



7. MUSYIRAH (SI AYU YG SOPANSANTUN)- 86 (TAHNIAH! PELAJAR YG MASIH MAINTAIN MENGEKALKAN KECEMERLANGAN, TERUSKAN BERUSAHA, JGN BERHENTI SEHINGGA BERJAYA!)



8. MAZIYYAH (SIMANIS YG RUPAWAN)- 86 (SYABAS!! SEMAKIN MENUNJUKKAN KECEMERLANGAN, TIADA YG MUSTAHIL UTK MAZIYYAH. JGN BERHENTI DI SINI..PERJALANAN MASIH JAUH..TERUSKAN USAHA!)



9. FIRDAUS (SI ENSEM YG GEBU)- 85 (TAHNIAH!! SEMAKIN MENUNJUKKAN KECEMERLANGAN, TERUSKAN BERUSAHA JGN BERHENTI..SEIMBANGKAN STUDY DAN DUTY)



10. AZIM (SISEPET YG MANIS)- 84 (SEORG LAGI HERO 4B2 YG MUKA ALA2 SUPERMAN YG SEMAKIN CEMERLANG..TERUSKAN BERUSAHA! TAHNIAH!)



11. SITI NAEMAH (SICANTIK AYU)- 83 (PELAJAR HARAPAN A, SENTIASA MENGEKALKAN KECEMERLANGAN, SMOGA BERJAYA SEHINGGA SPM!, TAHNIAH!)



12. NURASYURA YASMIN (SI CANTIK YG SOPAN)- 83 (TAHNIAH!!-BERJAYA MENEBUS KESILAPAN YG LALU, MELONJAK NAIK DAN USTZH HARAP AWK BOLEH MAINTAIN)



13. RICKY(SI ENSEM BERSUARA MERDU)- 83 (PELAJAR HARAPAN A, SENTIASA MAINTAIN DAN TERUSKAN BERUSAHA DAN MENINGKATKAN KECEMERLANGAN, TAHNIAH!)



14. FARHANA(SI CUTE YG MANIS)- 81 (TAHNIAH!!, MELONJAK NAIK TERUS CEMERLANG, USTZH HRP AWK DPT MENGEKALKAN KECEMERLANGAN, DISAMPING MASALAH YG SEDIA ADA..MASA BLAJA MESTI BLAJA DAN FOKUS OK, ITU BARU BABY GIRL COMEL YG MATANG)



15. AMIR ARAFAT (SIENSEM YG MANIS)- 77 (TAHNIAH!, KERANA ANTARA PELAJAR LELAKI YG MENJAWAB DGN MATANG)



16. NUR AFIQAH (SIAYU YG LEMAHLEMBUT)- 76 (TERUSKAN KECEMERLANGAN DGN USAHA YG LEBIH GIGIH OK!)



17. ASSHADIQ (SI ENSEM YG TINGGI GALAH)- 75 (JELAS MENUNJUKKAN PENINGKATAN YG KETARA, BERUSAHALAH SECARA BERTERUSAN OK!)



18. SHITI AISHAH (YG COMEL LOTE)-75 (SYABAS!! MELONJAK NAIK...TERUSKAN BERUSAHA OK, PASTI LEBIH CEMERLANG!)



19. NUR EFIKAH (SI AYU YG TINGGI LAMPAI)- 73 (SYABASS! JG MELONJAK NAIK, TERUSKAN BERUSAHA TANPA HENTI!)



20. NUR FARZANA (SI MANIS YG PENDIAM)- 73 (JUGA MELONJAK NAIK...TAHNIAH!, TERUSKAN BERUSAHA OK!)



21. AIDI FIQKA (SIMANIS YG BERLESUNG PIPIT)- 72 (ADA POTENSI UTK LEBIH CEMERLANG KLU LEBIH FOKUS DAN BERUSAHA LAGI GIGIH)



22. SYAZMIN (SI ENSEM YG KECOH)- 72 (ADA POTENSI UTK LEBIH BERJAYA KLU DISERTAKAN DGN USAHA YG LEBIH GIGIH)



23. HAZRUL- (SI COMEL YG HYPER DAN BLM MATURED) - 70 (TAHNIAH!! MENUNJUKKAN PENINGKATAN, KLU LEBIH FOKUS DAN KIKIS SIKAP MALAS, PASTI LEBIH CEMERLANG)



24. BURHAN (YG HENSEM LAGI MEMUKAU)- 70 (BOLEH CEMERLANG LAGI KLU SIKAP YG KEANAK2KAN TIDAK TERBAWA2 MASA BELAJA..BERI TUMPUAN DAN JGN ASYIK NAK BERPOWER RANGERS DGN HAZRUL)



25. YUSRI- (SI KACAK YG TINGGI GALAH)- 70 (SYABAS!! JG MELONJAK NAIK...TERUSKAN BERUSAHA DAN FOKUS DLM KELAS!)



26. NURJASMIN (SI MANIS YG GEBU)- 69 (PERLUKAN USAHA LAGI GIGIH UTK LEBIH CEMERLANG, FOKUS DLM KELAS OK)



27. ABG AZHAN (SI ENSEM ALA2 ELVIS PRESLEY YG SUKA BERAK)- 69 (ADA POTENSI UTK LEBIH BERJAYA TPP TERLALU MANJA, SAKIT SIKIT SIKMOK DTG SKOLAH...BERUBAHLAH DEMI KECEMERLANGAN AWK!)



28. NUR ARIFF (SI MANIS YG SUKA DGN DUNIANYA SENDIRI)- 69 (AWK BOLEH CEMERLANG KLU KELUAR DR DUNIA KHAYALAN AWK..BERIKAN TUMPUAN DLM KELAS OK!)



29. AZIZA (SI AYU YG GEBU) - 66 (PERLUKAN USAHA YG GIGIH, JGN SERING TIDAK HADIR KE SEKOLAH, ANDA AKAN KETINGGALAN)



30. AZMAH (SI MANIS YG GEBU)- 65 (PERLUKAN USAHA GIGIH DAN BERTERUSAN UTK LEBIH CEMERLANG)



31. ABDUL HAKIM (SI HITAM MANIS YG MACHO)- 65 (BOLEH CEMERLANG TP PERLUKAN PERUBAHAN SIKAP, SIKAP BARAN PERLU DIKAWAL AGAR ANDA TIDAK HILANG MOOD UTK BELAJAR)



32. MUQADDIM (SI ENSEM YG GEBU) - 65 (PERLUKAN USAHA GIGIH UTK LEBIH CEMERLANG, KAWAL DIRI DAN EMOSI AGAR ANDA LEBIH STABIL SEMASA BELAJA, TIADA MASALAH YG TIDAK DPT DISELESAIKAN, TABAHKAN HATI K)



33. NUR SAFA (SI MANIS YG KECIL MOLEJ)- 63 (PERLUKAN TUMPUAN DLM KELAS DAN USAHA YG GIGIH UTK LEBIH BERJAYA)



34. EKA ROHANI (SICANTIK YG AYU)- 63 (PERLUKAN USAHA LEBIH GIGIH DAN BERTERUSAN UTK MENGEKALKAN KECEMERLANGAN)



35. NAZRUL - (SI ENSEM YG TINGGI LAMPAI)- 62 (PERLU MENGAWAL PEMAKANAN AGAR ANDA TIDAK LESU DLM KELAS DAN OKSIGEN MASUK KE OTAK..TUMPUAN DLM KELAS BLEH MMBAWA KEJAYAAN)



36. SYAFIQ - (SI COMEL YG GEBU)- 61 (PERLUKAN TUMPUAN DLM KELAS..KELUAR DR DUNIA SENDIRI UTK BERADA DI ALAM NYATA)



37. AKMAL ZAMI ( SIMANIS YG GEBU LAGI MENAWAN)- 61 (PELAJAR YG ADA POTENSI UTK BERJAYA TP PERLU MENGIKIS SIKAP MALAS DAN LEBIH FOKUS MASA BELAJA)



38. SHEHAH (SI COMEL LOTE) - 58 (PERLUKAN USAHA GIGIH UTK LEBIH CEMERLANG, TAK FAHAM JGNLAH MALU BERTANYA)



39. AMIRAH- (SICOMEL YG AYU)- 56 (PERLUKAN USAHA GIGIH UTK MENINGKAT NAIK...JGN BERKHAYAL DI BELAKANG SANA OK)



40. AZFAR (SIMANIS YG MACHO)- TH (SGT2 MEMERLUKAN SEMANGAT YG TINGGI DAN MOTIVASI UTK BERJAYA, FIKIRKANLAH MASA DEPAN DITGN ANDA, JGN MEMPERJUDIKAN NASID DI LUAR SANA)





TINGKATAN 4 AL-BIRUNI 1



1. SH NUR HIDAYAH (SIAYU YG LEMAHLEMBUT MCM ANGIN LALU)- 89- (TAHNIAH! PELAJAR HARAPAN A)



2. ZULHISHAM- 88 (TAHNIAH! BERJAYA KELUAR DR KEMPOMPONG)



3. AKMAL SHAH- 86 (TAHNIAH! MASIH MENGEKALKAN KECEMERLANGAN, LAGI BAGUS KALAU ADA PERUBAHAN SIKAP YG LEBIH SERIUS MASA BELAJA SPY ILMU BERKAT DAN MASA DEPAN CERAH)



4. NOOR AFFIKAH- 86 (TAHNIAH!! PELAJAR HARAPAN A)



5. HAFIDZATUL IKHMA- 84 (TAHNIAH! PELAJAR HARAPAN A)



6. KHAIRUN NISA- 84 (TAHNIAH! PELAJAR HARAPAN A)



7. NAZRAH - 84 (TAHNIAH! JG PELAJAR HARAPAN A)



8. FARHAN- 80 (TAHNIAH! PELAJAR LELAKI HARAPAN A)



9. SYED ANNOUR -80 (TAHNIAH! MELONJAK BAIK. TERUSKAN BERUSAHA)



10. NAZRIYATUL - 80 (TAHNIAH! JG ANT PELAJAR HARAPAN A)



11. ELINA- 79 (TAHNIAH! MELONJAK BAIK JUGA..TERUSKAN USAHA OK)



12. FIRAS - 79 (PELAJAR HARAPAN A, HARAP DPT TINGKATKAN LAGI MARKAH INI OK)



13. AFZAFIERA- 78 (TAHNIAH! ADA PENINGKATAN)



14. NUR 'AIDA- 78 (SYABAS! JG ADA PENINGKATAN...SILA SAINGI KEMBA ANDA UTK MEMPEROLEHI A SOLID OK!)



15. HAZIQ IQBAL- 76 (SYABAS, ADA PENINGKATAN BERBANDING EXAM YG LEPAS, TERUSKAN USAHA!)



16. KAMARUL ARIF- 76 ( BAGUS, ADA PENINGKATAN..TP BELUM CUKUP BAGUS...SILA SAINGI SI DIA YG HIGHEST ITU)



17. SYUKRI - 75 (ADA POTENSI UTK LEBIH BERJAYA..TERUSKAN USAHA)



18. FIRDAUS- 74 (SYABAS, ADA PENINGKATAN..TERUSKAN USAHA OK)



19. SITI MUNIRAH- 74 (SYABAS, JG MENUNJUKKAN PENINGKATAN. ANDA BOLEH CEMERLANG LAGI!)



20. HAZIQ TERMIZI- 74 (SYABAS! MAKNANYA ANDA JG BOLEH CEMERLANG)



21. BONG- 74 (KLU BERI TUMPUAN DLM KELAS, MESTI BOLEH CEMERLANG AGIK)



22. ABDUL AMRI- 74 (JGN ANGGAP ANDA TIDAK BERPOTENSI, KRN ANDA SUDAH MEMBUKTIKANNYA..MAKA KEKALKANLAH OK)



23. SYAABAN- 73 (TGK! BILA AWK LEBIH FOKUS, AWK LEBIH CEMERLANG, KIKISKAN SIKAP MALAS ITU OK)



24. AFIQ ILYA- 73 ( BOLEH LAGI CEMERLANG DRP INI, KLU AWK LEBIH SERIUS BELAJAR)



25. AMIRIN- 72 (BOLEH CEMERLANG LAGI KLU TIDAK BERLOYAR DLM KELAS)



26. FARAH- 72 (USAHA GIGIH DAN TERUSKAN KECEMERLANGAN DGN LEBIH FOKUS DLM KELAS OK)



27. AMMRIUL AMRI- 71 (BILA TAHU DIRI ADA POTENSI, MESTI UBAH SIKAP MALAS ITU)



28. MONA- 71 ( MONA SEBENARNYA PANDAI, KLU MONA RAJIN DAN LEBIH FOKUS, DITAMBAH DGN MUKA MANIS BERLESUNG PIPIT, PASTI BOLEH MENJADI SUPERBOY..USAHA GIGIH OK)



29. HAZZREL - 71 (MENUNJUKKAN PERUBAHAN YG KETARA!..SYABAS..TERUSKAN BERUSAHA)



30. AWG NIZAR - 7O (GIANT DLM CETA DORAEMON INI ADALAH DIA..HUAHUA..OK SERIUS, KLU AWK LEBIH FOKUS DLM KELAS PASTI BOLEH DPT CEMERLANG DRP INI)



31. HAZZNEL - 69 (APA SUDAA JADI NI ANAK...ITU AWK PUNYE KEMBA BOLEH SCORE A-..KENAPA AWK TIDAK?? USAHA LAGI OK)



32. AZWAN - 68 (AWK BOLEH SEBENARNYA...CUMA PERLUKAN SEDIKIT KEYAKINAN DAN USAHA LAGI...)



33. IKMAL AFIF - 68 (HYPERAKTIF AWK MUNGKIN BOLEH DIUBAH DGN PEMAKANAN..JGN MAKAN BENDA MANIS TERUTAMANYA MEE KUNING DAN COKLAT...JGN TIDURRRRRRRR...MASA GURU MENGAJAR UTK LEBIH BERKAT OK)



34. DYG AMIRAH- 64 (PERLUKAN USAHA GIGIH DAN BERTERUSAN, PASTI AWK BOLEH CEMERLANG LAGI)



35. HASROL- 61 (PERLUKAN USAHA YG GIGIH DAN TUMPUAN DLM KELAS SPY AWK LEBIH CEMERLANG DR INI)



36. AHMAD SYAHME- 57 (SGT2 MEMERLUKAN KEGIGIHAN DAN SEMANGAT UTK LEBIH CEMERLANG)



37. HAZMAN- TH (WLP USTZH TIDAK NAMPAK PRESTASI AWK KALI INI..USTZH HARAP EXAM AKHIR THN AWK BERJAYA MEMECAHKAN TEMBOK PENGHALANG KEMAJUAN)





TINGKATAN 4 AL-KHAWARIZMI A



TAHNIAHHHHHHHHHHHHH!! ATS KECEMERLANGAN SEMUA

KELAS YG SGT AMAN DAN DAMAI, SGT SPORTING MASA BELAJA DAN MEMATUHI SEGALA ARAHAN, ADA PERSAINGAN YG SIHAT..SEMOGA KEHIDUPAN ANDA SEMUA DIBERKATI ALLAH DAN BERJAYA DI MANA SAHAJA ANDA BERADA..AMINNN



1. NUR HANANI HASANA- 97

2. WAN HAZLINDA- 93

3. HAFIZUDDIN- 93

4. DZUL HAZIQ- 92

5. NURUL AFIFAH- 92

6. SITI AMINAH- 91

7. NUR FATMADEWI- 90

8. NUR FARHANNA- 90

9. SYIFAA- 90

10. NURUL AIN HANANI- 89

11. ATHIRAH- 88

12. AMALLUDDIN- 88

13. NUR SHALIN- 88

14, NUR HAMIZAH- 88

15. NUR YASMIN- 87

16, SH NUR AZLINDA- 87

17. NUR ADIBAH- 85

18. NUR AZMINA- 84

19. IZZUDIN- 75

Saturday, August 13, 2011

Majlis Pelancaran Program Ihya' Ramadhan 2011/1432H

Kekangan masa menyebabkan saya tidak berkesempatan untuk mengabadikan Majlis Pelancaran Ihya' Ramadhan di sini yang telahpun diadakan pada 1 Ogos 2011 bersamaan dengan 1 Ramadhan 1432H...cantik betul tarikh ni kan..sangat bertepatan.

Pada malam sebelum majlis itu saya sangat risau tentang kelancaran majlis pada keesokkan harinya. Dan sebelum tidur sempat lagi saya berpesan kepada guru-guru ahli panitia di Facebook agar datang awal...

Pagi-pagi lagi selepas subuh...saya berangkat ke sekolah untuk membuat persediaan. Sampai di sekolah cikgu Sarimah bt Wak (Pakar susunan bunga dan hiasan pentas) sudah menanti kehadiran saya. Saya sms kak Halifah Matadi kerana beliau juga merupakan orang penting untuk majlis ini kerana banting untuk majlis pelancaran itu dihias oleh beliau yang pakar hal riben meriben ini..

Kebetulan masa saya sms beliau baru sampai di sekolah dan berada di bilik buku teks. Saya bersyukur ke hadrat Allah kerana mengurniakan rakan-rakan guru yang banyak membantu, ringan tulang dan memahami tugas-tugas guru-guru agama. Mereka sangat sporting dan menyokong semua aktiviti yang dijalankan oleh Panitia Kami..Alhamdulillah.

Setelah banting dibawa ke atas pentas di Dataran Laila Taib, cikgu Sarimah mula menyusun bunga. Dan sekali lagi saya amat terharu bila cikgu Dyg Norasyikin tanpa diminta turut menyumbang tenaga turut membantu kak Sarimah menyusunatur bunga. Tidak ketinggalan juga Ustazah Diana, adik kesayanganku tanpa diarah tahu tugas masing-masing. Pelajar-pelajar juga menyumbang tenaga tolong mengangkut bunga dari bilik spbt dan pasu-pasu sekitar sekolah.

Ustaz Abang Ahmadiah yang merupakan Penyelaras Program merangkap AJK peralatan dan persediaan tempat mula menyusun kerusi untuk VIP. Beliau juga seorang guru yang sangat ringan tulang dan saya anggap beliau seorang yang pakar dalam hal-hal menyusunatur kerusi meja untuk tetamu dan VIP.


inilah tokey riben, kak Halifah Matadi yang sangat baik dan komited. Yang sedang duduk tu adalah Ustazah Diana yang tengah menyusun bunga.


Bergambar kenangan bersama kak Sarimah bt Wak, Pakar hiasan pentas dan Kak Dyg Norasyikin yang berbesar hati untuk turut sama membantu pagi itu..i luv u both


Ustazah Nurul Huda bt Che Mat Zuki dengan Tabung Ihya' Ramadhan bersama pengawas sekolah yang turut menjayakan majlis ini.


Guru dan pelajar tekun membantu

Majlis ini dimulakan seawal 7.10 pagi dengan mengikut protokol perhimpunan hari isnin iaitu dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku, lagu sekolah dan bacaan ikrar.

Majlis diteruskan dengan bacaan doa dari ustaz Abg Norhisyamri b Abg Puchok seorang guru gstt yang memberi komitmen sangat tinggi dengan Panitia Pendidikan Islam di STAR. Beliau seorang yang sangat aktif dan ringan tulang dan mudah berurusan dengannya (tak sempat nak amik gambar)


Majlis diserikan lagi dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh adik Ricky Hambali b Jifrion, Surah Al-Baqarah ayat 183 hingga 186 dan membaca terjemahan ayat yang ada kaitan dengan puasa.


Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Alu-aluan oleh Ustaz Abg Ahmadiah selaku Penyelaras Program Ihya' Ramadhan 2011/1432H.


Disusuli pula dengan Ucapan Perasmian oleh Pengetua SMK Tunku Abdul Rahman, Puan Rakayah bt Haji Madon


Walaupun majlis ini dirancang untuk dirasmikan oleh Puan Pengetua, tetapi beliau telah memberi penghormatan kepada dua orang guru yang bakal bersara pada tahun ini iaitu Cikgu Tahir bin Mat dan Cikgu Faridah Hanam untuk memotong riben banting pelancaran menandakan bermulanya sambutan Ihya' Ramadhan pada tahun ini.


Selepas memotong banting pelancaran, kutipan pertama Tabung Ihya' Ramadhan dikutip dari Puan Pengetua sendiri, Alhamdulillah beliau sporting dan memberi kerjasama membuat gimik untuk kutipan pertama ini.


Kutipan diteruskan lagi dengan barisan pentadbir termasuk ketua bidang kemanusiaan, cikgu Mohd Yassin b Kadir.


Seterusnya Aktiviti Tazkirah 5 Minit pertama disampaikan oleh Ustaz Mahyuddin b Mejeri selaku JK Tazkirah 5 Minit dan merupakan pakar P.A Sistem. Beliau banyak menyumbang tenaga dan kepakarannya menjayakan majlis-majlis seperti ini. Tahniah untuk beliau.


Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan Nasyid Kontemporari oleh Cikgu Zul Zamri dengan pelajar tingkatan 5. Beliau mempersembahkan lagu "Harapan Ramadhan" yang sangat memukau seluruh warga dengan suaranya yang merdu dan persembahan yang bersahaja tapi sangat profesional. Malah ada yang tersentuh hati lantas mengalirkan air mata, bila lirik lagu yang disampaikan dihayati dengan sepenuh jiwa. Dengan berakhirnya persembahan ini, maka berakhir sudahlah majlis pelancaran Sambutan Ihya' Ramadhan pada tahun ini.


Sepanjang majlis ini berlangsung, Mohd Shahbanie bin Faisal, menjadi juru acara yang mengendalikan majlis dari mula hingga akhir. Beliau merupakan seorang pelajar tingkatan 5F2 dan telah banyak membantu guru-guru Panitia Pendidikan Islam sebagai JK Juru Acara. Saya melihat bakat beliau sebagai juru acara majlis tidak membayangkan beliau seorang pelajar sekolah tetapi seorang yang sangat profesional dalam menjalankan tugasnya.


Gambar kenangan kak Sarimah bersama Ricky selepas majlis selesai. Alhamdulillah..syukur ya Allah!







Sunday, July 31, 2011

Sentiasa di hati (3G4, 3G2, 3KC, 2KA DAN 2KB)

Saya sendiri tidak menjangka tahun ini saya akan meninggalkan mereka...dan mengajar menengah atas...



saya masih menyayangi pelajar2 saya di 3G4 as a form teacher...pelajar2 perempuan yg manja2...dan pelajar2 lelaki yg rajin membersihkan kelas...tlng saya menghias kelas masa hari kemerdekaan...masih saya ingat...Paling mengharukan saya..wlp saya selalu memarahi mereka..sedikit dendampun tidak pernah mereka tunjukkan malah saya rs sgt dihargai bila hari lahir saya..mereka sambut wlp saya tidak menjangka mereka akan berbuat demikian...sayangnya ustzh pd awk suma..sobss sobbss...(mode sedih)



3G2 yg saya lepaskan hujung tahun lepas pun masih sangat dirindui...gelagat mereka..dan keghairahan mereka menuntut ilmu..dan respon pelajar2 semasa dalam kelas...juga pelajar perempuan yg hampir kesemua A utk subjek ini...PMR nanti 100% A ok!



3KC yang ceria dengan gelagat abuzar dan my baby boy...juga pelajar2 lelaki yg hyper2 semua...tetapi cerdik2 belaka..pelajar perempuannya pulak cool dan menyejukkan hati..ustzh rs...setiap pelajar kelas ini..ustzh dpt memahami setiap perwatakan mereka tanpa mereka sedari...yanie yg ceria itu kadang2 menggelikan hati...Ya Allah..saya doakan semua mendapat 8A atau paling2pun 7A dlm PMR nanti..insyaALlah.



2KA yang menghiburkan saya dengan pelajar2 yg sporting dan sangat excellent menunaikan segala bentuk tugasan yang saya berikan..kepuasan mengajar anda bila hampir semua bukan setakat lulus..malah hampir semua A utk subjek Pendidikan Islam..harap kekalkan kecemerlangan wlau di mana saja anda bersekolah atau siapapun mengajar anda ok....luv u all..!



2KB yang menyeronokkan dengan gelagat lucu pelajar2 lelaki...wlp nakal tp masih mau belajar sungguh2...

Pelajar perempuan pula the best sbb paling suka respon dengan pengajaran saya...Aleisha yang kiut miut suka bertanya mcm2 dan akan kelihatan puas hati bila saya menjawab setiap pertanyaannya... menyebabkan saya rasa dihargai setiap kali masuk ke kelas ini...



Ingin sekali berdamping dan bersua muka dan mengajar mereka kembali..tp apakan daya kekangan masa dan tugas..menyebabkan ustzh tidak berkesempatan bertanya kbr ktkorg, hanya mereka yg aktif berfb yng kadang2 ustzh sempat bertegur sapa dan mengikuti perkembangan kalian...



anak2 didik sy yg kini berada di kelas..3G4, 3KC, 3G2, 2KA dan 2KB..wlp ustzh sik mengajar ktkorg lagi...harapan ustzh awk semua lulus dgn cemerlang...wlau siapapun mengajar...dan bila kitak org berolah..saya tetap susah hati..sekali anda menjadi anak saya...selama2nya anda adalah anak saya wlp siapapun anda..

Kertas Kerja Program Sambutan Ihya' Ramadhan

Sekadar perkongsian untuk rakan2 guru Panitia Pendidikan Islam...

Kalau ada kekurangan sila betulkan...semoga dpt dimanfaatkan bersama..


PROGRAM IHYA’ RAMADHAN 2011M/1432H

Ramadhan adalah bulan yang Allah janjikan kepada seluruh umat untuk mendapat pahala yang berlipat ganda. Justeru itu, program ini dirancang dan dilaksanakan dengan tujuan untuk mendapatkan keredhaan Allah dan memohon agar ibadah yang dilakukan mendapat ganjaran pahala dari Allah, serta dapat memberikan kesedaran dan pengajaran dalam penghayatan Ramadhan.


1.0. OBJEKTIF

v Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani,

intelek dan sosial selaras dengan falsafah Pendidikan Kebangsaan.

v Memupuk semangat setia kawan dan berpasukan serta melahirkan pelajar yang berketrampilan dan mempunyai disiplin yang tinggi.

v Membentuk pelajar yang prihatin dan mempunyai sifat ihsan melalui amalan sedekah.

v Melaksanakan ibadah puasa dengan sabar dan sempurna.


2.0. SASARAN

v Semua pelajar Islam dan guru Islam SMK Tunku Abdul Rahman.


3.0. AKTIVITI

v Majlis Pelancaran Program Ihya’ Ramadhan

v Tadarus Al-Quran guru dan pelajar

v Memperdengarkan Al-Quran/Zikir/Nasyid (Setiap pagi dan waktu rehat)

v Tazkirah Ramadhan (5 Minit setiap pagi)

v Kutipan Derma / Galakan Bersedekah (Tabung Ihya’ Ramadhan)

v Majlis Berbuka Puasa (Solat Terawih)

v Pameran (Sempena bulan kemerdekaan dan Ramadhan)

v Majlis Perasmian Penutupan Program Ihya’ Ramadhan dan Majlis Khatam Al Quran 1432 H


4.0. TARIKH & TEMPAT

v MAJLIS PELANCARAN PROGRAM IHYA’ RAMADHAN

Tarikh : 1 Ogos 2011

Hari : Isnin

Masa : 7.30 pagi – 8.30 pagi

Tempat : Dataran Laila Taib


v TADARRUS AL-QURAN GURU DAN PELAJAR

Tarikh : Sepanjang Bulan Ramadhan

Hari : Setiap Hari

Masa : 9.40 pagi – 10.00 pagi

Tempat : Surau Ar-Rahman SMK Tunku Abdul Rahman


v MAJLIS BERBUKA PUASA (SOLAT TERAWIH)

Tarikh : 12 Ogos 2011

Hari : Jumaat

Masa : 6.30 petang – 10.30 malam

Tempat : Ruang Serbaguna SMK Tunku Abdul Rahman


v PAMERAN & KUIZ (SEMPENA HARI KEMERDEKAAN DAN BULAN RAMADHAN)

Tarikh : 22 – 26 Ogos 2011

Hari : Setiap hari

Masa : 2.00 petang – 3.30 petang

Tempat : Surau Ar-Rahman STAR


v MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PROGRAM IHYA’ RAMADHAN DAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN

Tarikh : 26 Ogos 2011

Hari : Jumaat

Masa : 7.30 pagi – 11.30 pagi

Tempat : Ruang Serbaguna STAR


5.0. AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

v Rujuk Lampiran 1


6.0. TENTATIF PROGRAM

v Rujuk Lampiran 2


7.0. ANGGARAN PERBELANJAAN

v Rujuk Lampiran 3


8.0. PENUTUP

v Diharap program ini akan dapat melahirkan umat yang cemerlang di dunia dan akhirat serta menjadi insan yang bertakwa disamping menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup untuk kejayaan di dunia dan di akhirat. Dengan berpuasa dan berzakat serta bersedekah akan dapat melatih pelajar membantu rakan mereka yang kurang bernasib baik.

Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,

_________________________________ ____________________________

(USTAZ ABANG AHMADIAH B RASIDI) (PUAN RAKAYAH BT HJ MADON)

PenyelarasProgram, Pengetua,

SMK Tunku Abdul Rahman SMK Tunku Abdul Rahman


Lampiran 1

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

JAWATANKUASA INDUK PROGRAM IHYA’ RAMADHAN

Pengerusi : Pn Rakayah bt Hj Madon

Naib Pengerusi : Pn Arishah bt Hashim

Pn Dyg Rokiah bt Awang Saperi

Ustaz Hakihinutdin b Hussin

Penyelaras Program : Ustaz Abang Ahmadiah b Rasidi

Setiausaha : Ustazah Juwita bt Kana

Bendahari : Ustazah Diana bt Mohamad

AHLI JAWATANKUASA


PERKARA

AHLI JAWATANKUASA

BIDANG TUGAS

Penyelaras

Aktiviti Sepanjang sambutan Ihya’ Ramadhan:

* Majlis Pelancaran Program Sambutan Ihya’ Ramadhan

* Tadarus Al-Quran

guru dan pelajar.

* Memperdengarkan

Al-Quran/Zikir/

Nasyid (Setiap pagi

& waktu rehat)

dan

* Tazkirah Ramadhan

(5 Minit setiap pagi)

* Kutipan Derma /

Galakan

Bersedekah

* Majlis Berbuka

Puasa (Solat

Terawih)

* Pameran (Sempena

bulan kemerdekaan

dan Ramadhan)

* Majlis Khatam Al

Quran & Majlis

Penutupan rasmi

Program Sambutan

Ihya’ Ramadhan

  1. Ustaz Abang Ahmadiah dan Semua Guru Pendidikan Islam

  1. Ustazah Susilawati bt Hamid
  2. Ustaz Hakihinutdin b Hussin

  1. Ustaz Mahyuddin b Mejeri
  2. Dibantu oleh pengawas

  1. Ustazah Nurul Huda bt Che Mat Zuki

  1. Ustazah Diana bt Mohamad & Ustazah Juwita bt Kana

  1. Ustaz Abang Norhisyamri b Abang Puchok
  2. Ustazah Juwita bt Kana
  3. Semua guru Pendidikan Islam

  1. Ustaz Abang Ahmadiah b Rasidi

1. Menyediakan banner dan banting untuk majlis pelancaran.

2. Merancang perjalanan majlis dan berbincang dengan pengetua.

1. Memilih pelajar untuk tadarrus al-Quran dan Majlis Khatam Al-Quran

2. Mengagihkan kumpulan dan juzuk-juzuk.

1. Melantik dan memastikan pengawas bertugas pada setiap pagi dan rehat.

2. Menyediakan tazkirah yang sesuai berkaitan dengan fadhilat puasa, fadhilat bulan ramadhan serta fadhilat solat terawih (dibukukan).

1. Mengutip derma dari para pelajar dan guru pada setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat.

2. Hasil derma ini akan diagihkan kepada semua pelajar miskin pada Majlis Khatam Al-Quran.

1. Memilih menu berbuka puasa dan berbincang dengan pihak pentadbir dan pengusaha kantin.

2. Pengisian Tazkirah ringkas yang akan disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Ilyas bin Haji Mohd Salleh, Pegawai Hal Ehwal Islam, UITM Cawangan Ssarawak serta solat Terawih berjemaah.

1.Mencari bahan untuk

pameran:

* Pengurusan Jenazah

* Bahan untuk Sertu

* Jenis-jenis Khat

* Asal usul dan sifat Jin,

Iblis dan Syaitan

* Asal usul Yahudi dan

Zionis

* Tanda-tanda kebesaran

Allah SWT

1. Memilih pelajar dan guru yang terlibat untuk majlis Khatam Al-Quran.

2. Mengelolakan majlis ini secara keseluruhannya.

JK Jamuan Guru & Pelajar (Untuk Majlis Berbuka Puasa)

1. Puan Suriah bt Madli. (K)

2. Puan Lishawati bt Mohd Isa

3. Puan Fatimah bt Ayu

4. Puan Nashrima Benjamin

5. Puan Norazreen bt Kamarulzaman

6. Puan Saadah @ Fatimah bt Hj Awi

7. Puan Jamaiah bt Suntak

1. Berbincang dengan pengetua menu yang sesuai untuk majlis tersebut.

2. Menyediakan dan menghias tempat jamuan.

JK Mengurus Pelajar Menerima Zakat/Derma

1. Cik Asrina bt Hamid (K)

2. Cik Dayang Lina bt Awg Sadit

3. CIk Zarina bt Ramji

4. Cik Zuraida bt Zainol

5. Cik Norida bt Mohd Naser

6. Cik Nur Liyana Lian Abdullah

1. Mendapatkan nama pelajar dari Penyelaras Program.

2. Memaklumkan kepada pelajar yang terpilih.

3. Memastikan pakaian pelajar pada hari tersebut kemas dan mengikut peraturan.

4. Menyusun pelajar mengikut tingkatan.

JK Disiplin dan Kawalan Pelajar

1. Encik Mazmi b Muhamad (K)

2. Encik Abdul Malek b Zainudin

3. Encik Mohd Sharkawi b Md Askar

4. Encik Tahir b Mat

1. Mengawal disiplin pelajar secara aktif.

JK Fotografi & Dokumentasi

1. Puan Sharifah Maimunah bt Wan Raduan (K)

2. Puan Nur Jamilah Abdullah

3. Puan Fathiah bt Saini

1. Mengambil gambar yang sesuai sepanjang majlis berlangsung

2. Menyusun, memilih dan mengedit gambar-gambar yang sesuai untuk dokumentasi.

JK Jemputan dan Protokol

1. Puan Rabanim bt Mataim (K)

2. Encik Abdul Rahman b Hj Sapawi

3. Encik Mohd Yassin b Kadir

4. Puan Faridah Hanam bt Abdul Mutalib

5. Puan Natijah bt Brahim

1. Menghantar surat dan menjemput penceramah.

2. Menemani penceramah ke tempat jamuan.

3. Menyediakan ruang untuk tandatangan tetamu jemputan dalam buku tetamu.

JK Kebersihan, Persediaan Tempat dan Peralatan

1. Ustaz Abang Ahmadiah b. Rasidi (K)

2. Encik Azahari b Jaffri

3. Encik Izat Usally b Jemat

4. Encik Jamaein b Masawi

5. Encik Zakaria b Hj Bujang Sum

6. Encik Zamahari b Jepon

1. Menyusun kerusi/meja secukupnya

2. Menyediakan rostrum di pentas

3. Mengemas semula kerusi meja selepas digunakan

4. Memilih pengawas untuk membantu.

5. Memastikan kebersihan sekitar foyer kantin sebelum dan selepas majlis.

JK Siaraya

1. Ustaz Mahyuddin

b Mejeri

2. Encik Mohd Asrin

b Abd Latif

(Dibantu oleh AJK

Amali Solat)

1. Memastikan PA sistem berfungsi dengan baik sepanjang majlis.

2. Menyediakan LCD untuk penceramah.

3. Mengemas peralatan selepas program selesai

JK Pentas dan ‘Backdrop’ (Majlis Khatam Al-Quran)

1. Puan Sarimah Bt Wak

2. Puan Nor Asmah Bt Ali Hassan

3. Cik Hanifah Bt Mustapha

4. Puan Santi Bt Sabihie

5. Dyg Norashikin bt Awg Chee

6. Puan Dyg Hajar bt Awg Dahlan

7. Pn Noor Lizura bt Mohamed

8. Cik Irmaningsih bt Nabet

1. Menyediakan backdrop yang

sesuai.

2. Menyusun bunga.

JK Persembahan (Majlis Khatam Al-Quran)

1. Encik Shah Rizan b Suif (K)

2. Puan Salbi b Abu Bakar

3. Encik Zulzamri b Hj Hashim

4. Encik Mohd Abree b Amin

1. Berbincang dengan pentadbir persembahan yang sesuai pada majlis Khatam Al-Quran.

2. Melatih pelajar membuat persembahan untuk majlis tersebut.

JK Bacaan Doa

Abang Norhisyamri b Abang Puchok

Menyediakan teks bacaan doa yang sesuai untuk semua majlis sambutan ihya’ Ramadhan

JK Buku Program & Cenderamata

1. Ustazah Juwita bt Kana

2. Puan Halifah Bt Matadi

Menyediakan buku program dan cenderamata untuk tetamu VIP

JK Juru Acara

1. Puan Muhibbah b Hj Beden

2. Encik Shamsurya b Hj Hamden Hamid

Mengacarakan majlis Penutupan Program Sambutan Ihya’ Ramadhan dan Khatam Al-Quran

J/kuasa Publisiti

1. Ustaz Mahyuddin b. Mejeri (K)

2. Semua guru Pendidikan Islam

1. Mewar-warkan program dan aktiviti panitia Pendidikan Islam.




LAMPIRAN 2

TENTATIF PROGRAM IHYA’ RAMADHAN

PERINGKAT SEKOLAH


1 OGOS 2011 (HARI ISNIN)
MAJLIS PELANCARAN PROGRAM IHYA’ RAMADHAN

ATUR CARA :-
7.00 pagi – 7.10 pagi : Pelajar dan guru berkumpul di dataran Laila Taib

7.10 pagi – 7.20 pagi : Bacaan Doa
: Nyanyian lagu Negaraku dan Lagu Sekolah
: Lafaz Ikrar

7.20 pagi – 7.30 pagi : Bacaan Ayat Suci Al-Quran oleh
adik Ricky Hambali b Jiffrion

7.30 pagi – 7.35 pagi : Ucapan Alu-aluan oleh
Ustaz Abang Ahmadiah b Rasidi
selaku Penyelaras Program Ihya’ Ramadhan

7.35 pagi – 8.15 pagi : Ucapan Perasmian oleh
Puan Rakayah bt Haji Madon
selaku Pengetua SMK Tunku Abdul Rahman

8.15 pagi : Acara Kemuncak, Upacara Memotong Riben
‘Banting’ disempurnakan oleh Puan Pengetua
menandakan bermulanya Sambutan Ihya’ Ramadhan.

: Kutipan Tabung Ihya' Ramadhan dari Barisan Pentadbir.


: Tazkirah pertama akan disampaikan oleh
Ustaz Mahyuddin b Mejeri selaku penyelaras
Untuk aktiviti Tazkirah 5 Minit setiap pagi.

: Persembahan Nasyid

8.30 pagi : Majlis Bersurai

: P & P dijalankan seperti biasa





12 OGOS 2011 (HARI JUMAAT MALAM SABTU)
MAJLIS BERBUKA PUASA (SOLAT TERAWIH)

ATUR CARA :-

6.30 petang : Pelajar dan guru berkumpul di ruang Serba guna Kantin
Untuk berbuka puasa

6.53 – 7.30 petang : Berbuka Puasa

7.30 petang : Solat Maghrib berjemaah
: Tazkirah ringkas disampaikan oleh
Al-Fadhil Ustaz Ilyas bin Haji Mohd Salleh,
Pegawai Hal Ehwal Islam, UITM Cawangan Sarawak

8.30 malam : Solat Isyak
: Solat Terawih
: Solat Witir

9.30 malam : Jamuan makan

10.30 malam : Bersurai