CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, September 13, 2011

Anak2ku yang hyperaktif

Melalui fasa kehidupan sebagai ibu kepada anak-anakku..betul-betul mencabar daya tahan tubuhku yang tak berapa kuat ni..

Dengan kerenah anak-anak didik ku di sekolah...terutamanya kelas 4B1...yang aku rasa start tahun ni..membuatkan aku berulang kali sakit tekak..akibat volume suara sehabis nyaring apabila mengajar di kelas tersebut...

Kelas yang seramai 36 orang itu dengan majoritinya lelaki...hanya segelintir sahaja pelajar lelaki yang bersopan santun..selebihnya...pelajar yang aku kategorikan sebagai pelajar hyperaktif..yang memang tidak tahu duduk diam belajar baik baik dalam kelas..haishhh..

kadang-kadang, aku tidak mampu mengawal kerenah mereka yang tiba-tiba terkinja-kinja minta perhatian kawan-kawan..buat perangai pelik-pelik...me'NGEBOOO' kawan-kawan tanpa sebab yang tidak kelakar...lagi-lagi dalam minggu ni..dah la setiap kali aku bercakap akan terbatuk2...hanya matalah yang mampu menyaksikan perangai mereka..fokus mereka kepada pembelajaran hanya 10 minit je bertahan..kemudian..mereka akan mula buat tayangan perangai dengan harapan kawan2..gelak dan mereka puas hati dpt menarik perhatian rakan2 dan membuat rakan2 yang lain gelak.

Kesian melihat pelajar perempuan dan segelintir pelajar yang lain tidak dapat menumpukan perhatian kepada pembelajaran mereka..kerana huru hara yang dibuat oleh pelajar ini..

Bilalah akan berubah.entah lah..agaknya kalau dipisah2 kan mereka ni ke kelas lain..barulah perangai boleh diubah..