CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, October 18, 2012

Al-Ikhwan dan Aku

Hari ini biarlah 'saya' membahasakan diri sebagai 'aku'.. kerana apa yang ingin dikongsi pada malam ini terasa sangat dekat di hati...


Tiba-tiba malam ni teringat pada blog yang sudah bersawang ini. Ada hati nak ada blog macam orang lain tapi sangat jarang meng'update' blog. Lagipun aku tahu, blog yang sunyi sepi macam ni memang sah wa saheh tak kan ada orang yang membaca dan mengikuti perkembangannya. Lagipun blog ini diwujudkan sekadar untuk berkongsi cerita dan sebagai kenangan bila ada kesempatan.


Tahun 2012 tahun yang sangat mencabar kredibilitiku sebagai seorang pendidik di sekolah dan ibu di rumah. Tahun ini aku merasakan masaku lebih banyak dihabiskan di sekolah berbanding di rumah. Aku teringat dengan kata-kata PK HEM di sekolahku, sekiranya kita bersungguh-sungguh mendidik pelajar di sekolah, insyaAllah anak kita sendiri akan mudah dididik. Dan begitulah yang aku harapkan dalam setiap doakan sebagai seorang pendidik, ibu, mak, umi dan mama....:)


Rasa sejuk hati kalau ada pelajar yang memanggil kita dengan panggilan 'mak atau umi'. Walaupun kita tak pernah minta dipanggil dengan gelaran itu. Bila ada yang memanggil dengan panggilan mak atau umi selain ustazah, hati aku sebagai seorang ibu akan tersentuh. Maknanya pelajar bukan setakat menganggap kita sebagai guru, malah mengangkat martabat kita sebagai seorang ibu.


Orang kata 'Tak kenal maka tak cinta..bila dah kenal maka pasti boleh jatuh cinta'.. begitulah yang aku rasakan sekarang ni...oopss bukannya cintan cintun remaja ok. Ni cintan cintun versi lain.


Tahun ini juga saya dilantik sebagai guru pembimbing pasukan Nasyid sekolah Al-Ikhwan yang banyak merubah rutin hidupku sebagai pendidik. Mengenali anak-anak ini dan jurulatihnya membuatkan hilang segala kepenatan kerana kerenah dan semangat juang mereka. Mereka mengajar aku erti pengorbanan, kasih sayang dan keutuhan ukhuwwah. Berkat doa restu dari warga STAR dan sokongan yang jitu dari barisan pentadbir terutamanya pengetua sendiri yang kadang2 sanggup turun padang bersama kami semasa sesi latihan dan kritikan beliau banyak membantu memperbaiki mutu vocal dan persembahan al-ikhwan.

Ya Allah, selagi aku diamanahkan dengan tugas ini, insyaAllah aku akan buat yang terbaik untuk anak-anak ini. Kurniakanlah aku dan keluargaku kekuatan dan kesihatan yang baik ya Allah..kerana kekuatan ini datang dari sokongan suami, ibu bapa dan anak-anakku. Tanpa sokongan mereka aku tidak mampu menggalas tugas demi tugas sebagai seorang pendidik.

Melakar kenangan untuk anak tersayang 3KB 2012

Assalamualaikum...lama sungguh tidak mencoret apa-apa di ruang ini.

Nak mencoret kena ada hati dan emosi...barulah ada kekuatan dan idea untuk menaip di sini.

Sedar tidak sedar tinggal 2 minggu lagi sesi persekolahan tahun 2012. Maknanya 2 minggu lagi aku akan bergelar guru tingkatan 3KB. Rasa gembirakah sebab selesai menggalas tugas sebagai guru tingkatan..???

Ikhlas dari sudut hati ini, aku sangat-sangat sedih melepaskan mereka. Kasih sayang terhadap anak-anak ini sudah berputik dari tahun 2010 lagi..dan semakin subur pada tahun ini apabila aku ditugaskan sekali lagi mengajar mereka dan menjadi guru kelas mereka.

Allah...nikmat mana yang harus kudustakan menjadi guru mereka...mereka sangat istimewa...Subhanallah..

Setiap tingkahlaku mereka menggembirakan dan menghiburkan aku. Nakal sedikit itu tidak sekelumitpun mengurangkan kasihsayang. Hubungan kami bukan sekadar guru dan pelajar...tapi lebih kepada hubungan ibu dan anak.

Anak-anak...tiada apa yang mampu mak lakukan terhadap anda semua..selain mengajar anda dan redho dengan ilmu yang mak curahkan. Tujuan mak menghias kelas dengan bantuan anak-anak perempuan mak..adalah untuk mewujudkan suasana yang ceria dan kondusif agar anak-anak mak dapat belajar dengan selesa dan tidak tertekan. Mak bersyukur dikurniakan anak-anak yang bertanggungjawab..especially yang perempuan sangat rajin membantu mak..adakah tahun depan mak akan dikurniakan lagi dengan anak-anak perempuan seperti anda.

Anak-anak lelaki mak..walaupun ada malas sikit nak bantu menceriakan kelas..tapi syukur sebab anak-anak mak langsung tak usik hiasan kelas dan tidak bergaduh atau bertumbuk sesama sendiri. Syurga bagi mak menjaga kelas kamu.

Malam ini mak mendapat kekuatan untuk melakar kenangan khas untuk anak-anak mak 3KB 2012 yang sangat-sangat mak sayangi sehinggal wajah-wajah kalian sentiasa terbayang di mata mak. Di dalam hati mak sentiasa mendoakan agar anak-anak semua menjadi anak yang soleh dan solehah, anak yang mendengar kata dan menghormati orang tua walau siapapun orang tua kita.

Di sini pandangan dari seorang guru yang bergelar mak untuk anak-anak dididik yang sangat-sangat dikasihi....

1. Nur Izzaty Hasana & Fathhur
--Ketua & Penolong ketua tingkatan yang banyak membantu meringankan beban tugas mak sebagai guru tingkatan. Sentiasa ingin menghulurkan bantuan, tidak perlu mak bersusah payah mencari kerana anak ini sentiasa mencari maknya untuk menghulurkan bantuan..luv u syg

2. Anak-anak lelaki mak [Nabil, Zahid, Zuhairi, Awang, Mumin, Danial, Jerrold, Hanif, Nadzriq, Ramdhan, Affiq, Amin dan Zulfikry]
--Suma nye hyper kecuali yang cool Fathur, Affiq dan Ramdhan. Anak-anak ini sangat ceria tapi agak byk mulut juga. sentiasa ada idea je nak bercakap. Walaupun mak kadang2 ada jgk marah n menegur anda..tapi anda semua tidak pernah berdendam dgn mak. Cuma mak harap, anak-anak jagalah diri...mana yang mabuk bercinta tu...cubalah kawal perasaan..jangan kerana cinta kanak-kanak...anda menggadaikan masa depan. Harap tahun depan anak-anak lelaki mak lebih matang dan tiada lagi sikap keanak-anakan. Mak doakan semuanya berjaya di dunia dan di akhirat. Amin.

3. Anak-anak gadis sunti mak yang Subhanallah comel-comel, ayu dan jelita [Khairunnisa, Nur Syaza, Afiqah, Syahirah, Norazah, Nur Syamim, Noor Ashikin, Aini, Nurin, Aleisha, Arisa, Atiqah, Jamuna, Gloria, Afza dan Mahani]
--Semua anak-anak mak ini sangat mesra dgn mak dan masing2 ada kelebihan dan keistimewaan yang unik.
-Nisa yang ayujelita, suka senyum dan tak byk kerenah
-Syaza yang cantik manis yang sgt rajin dan sentiasa berusaha memperbaiki diri..
-Afiqah yang comel lote..sgt lemah lembut dan suka senyum
-Syahirah yang ayu sentiasa berusaha membantu mak dan sangat rajin belajar
-Norazah yang cantik manis juga seorang yg suka tersenyum dan rajin
-Nur Syamim yang cute dan bersuara comel jg seorang yg sgt ceria dan rajin belajar
-Ashikin yang sangat-sangat manis takbyk kerenah dan bermuka sgt tenang
-Aini yang manis bak gula icing jg seorang anak yang sgt baik tp kadang sedikit kelam kabut tp sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri.
-Nurin sicantik yang berbadan bak model ini juga sentiasa berusaha memperbaiki diri..cuba2 la atasi masalah kesihatan tu k
-Aleisha sicomel yang ayu..sekali tersenyum hati terpaut..mak doakan semoga anak manja ini sentiasa dalam pemeliharaan Allah. Amin.
-Arisa sicantikmanis ini jg seorng yang sentiasa berusaha buat yang terbaik..setiap kali panggil nama mesti senyum dengan lesung pipitnya
-Atiqah simanis ayu--seringkali terkejut bila dengar suara mak dia yang volume kuat ni..anak ini comel bila buat muka terkejut..sgt manja pun ye
-Jamuna yang manis dan ayu...anak yang sangat rajin dan bertanggungjawab..selalu memudahkan keja mak..semoga anak ini konsisten dengan akhlak yang baik.
-Gloria yang comel dan manis...seorang anak yang sngt manja dan sentiasa ceria..
-Afza yang manis dan shomel ini juga tak banyak kerenah dan sentiasa berusaha memperbaiki diri
-Mahani si comel yang ayu ini juga xpernah menyakiti hati mak..sentiasa ada usaha untuk maju ke depan..
-Izzati yang ayujelita ini...sangat byk membantu meringankan tugas mak sbg guru kelas..anak yang sgt ringan tulang dan boleh diharap.

Anak-anak..jerih payah kita menghias kelas dan mengekalkan keadaan yang kondusif ini Allah balas dengan rezeki yang murah. Dengan persaingan yang sangat sengit dan hebat untuk kelas KRK...kita berjaya menjuarai 3 bulan daripada 6 bulan yang dipertandingkan dan pihak sekolah sudi membiayai jamuan kita di Hartz Chicken bersama dua lagi kelas yang menang.. Alhamudlillah...rezeki anak-anak... Kelas-kelas lain bukannya kalah dari segi keceriaan dan kebersihan..kerana semua kelas cantik dan ceria serta bersih..kebykkannya markah dipotong bila ada pelajar yang xpakai name tag dan kuku lupa nak potong..

Panjang dah mak menaip...kalau keadaan mengizinkan...kelak mak akan upload pic kelas kita k...Salam sayang dan rindu abadi dari mak mu...


Sunday, January 29, 2012

Hanya Bicara Hari Minggu

Lebih kurang jam 4 pagi saya terjaga dari tidur untuk mengqada' hajat. Alang-alang dah terjaga seawal ini rugi sekiranya tidak melakukan tahajjud...fuhh rasa damai di jiwa...Alhamdulillah!


Satu persatu muka anak diperhati..kemudian muka suami. Bancuh susu dan tukar pampers anak. Memerhati anak menyusu risau tersedak dalam tidurnya.Selesai.


Selepas itu mata tidak mahu lelap lagi, sementara menunggu subuh...kaki terus menapak ke bilik sebelah, teringat buku latihan pelajar tingkatan 3KB yang belum sempat disemak. Tangan terus mengambil pen merah dan mula menanda buku.


Berjaya juga akhirnya menanda buku pelajar sehingga subuh. Lepas solat subuh, on laptop dan mula menyambung kerja yang terbengkalai iaitu mengedit nota dan latih tubi untuk pelajar. Sedar tak sedar jam sudahpun menunjukkan pukul 9 lebih. Suara anak-anak juga sudah kedengaran.


Menapak ke dapur untuk masak. Lepas masak terus hidang dan makan bersama seisi keluarga..kemudian kemas-kemas dapur. Penat aihh.


Satu hari ini, masa saya dipenuhi dengan mengemas, meng'iron' dan menyusun baju-baju yang 4 bakul di dalam almari. Lebih kurang jam 4 baru selesai.

Saturday, January 7, 2012

Guru Tingkatan 3 Al-Khawarizmi B dan Tanggungjawab 2012

Terbiasa bangun awal sepanjang minggu ini, tepat jam 3.30 pagi, mata saya terbuka dengan sendirinya walaupun malam tadi saya tidur tanpa mengunci jam. Saya terlelap sekitar jam 8.40 pm ketika menonton Berita di TV3 sambil melihat keletah anak-anak saya bermain.


Minggu ini merupakan minggu pertama persekolahan yang saya lalui dengan hati yang sangat lapang dan gembira. Lebih-lebih lagi saya ditugaskan mengajar semula kelas 3KA dan 3KB yang merupakan anak didik saya semasa mereka di Tingkatan Satu lagi. Kali ini saya bukan setakat mengajar mereka, malah saya mengambil alih kelas 3KB sebagai Guru Kelas.


Oleh kerana kelas ini merupakan kelas yang digunakan pelajar untuk menduduki peperiksaan SPM, jadi apabila masuk ke kelas, kelas masih kosong dan tidak ceria. Jadi saya berazam dalam tempoh 2 minggu ini, saya akan mengubah keadaan kelas ini menjadi kelas yang kondusif dan ceria agar pelajar lebih bersemangat belajar dalam keadaan selesa.


Saya bersyukur, kerana pelajar-pelajar bersemangat membantu mencantikkan kelas. Hari ini, 5 orang pelajar secara sukarela balik lambat membantu saya membuat bahan-bahan untuk menceriakan kelas.
Ramdan, Jamuna, Nurin, Shahirah dan Izzati tanpa dipaksa dengan rela hati membantu saya. Untuk tiga hari ini hampir 50% siap menceriakan kelas. Kami bercadang untuk menukar langsir yang kelihatan agak usang dan sudah 'bertahi lalat'.


Semoga tahun ini, saya dapat menjalankan tugas sebagai Guru Tingkatan dengan lebih baik daripada tahun-tahun yang lepas. Dengan bantuan rakan guru dan juga pelajar-pelajar yang saya nampak semakin matang berbanding semasa mereka di Tingkatan Satu, menjadikan semangat saya sebagai seorang guru kelas dan guru mata pelajaran semakin marak dan jitu. Barulah beban guru kelas dapat dikurangkan. Target saya untuk mewujudkan persekitaran kelas yang kondusif adalah dalam tempoh 2 minggu disamping menjalankan tugas sebagai guru disiplin dan Ketua Panitia Menengah Rendah.


Selepas tugas sebagai guru kelas menceriakan kelas, mengemaskini fail maklumat dan disiplin, melengkapkan buku kedatangan dan kutipan sumbangan PIBG dan Majalah Sekolah selesai, barulah perhatian saya dapat dialihkan kepada tugas khas sebagai penyelaras Papan Kenyataan dan 5S (3K), InsyaAllah, tugas ini saya akan settlekan dalam bulan Januari, memandangkan selepas tahun baru cina iaitu menjelang bulan Februari nanti bermulanya tugas sebagai guru penasihat Kelab Nasyid dan PBSM.


Satu lagi tugas baru yang diamanahkan kepada saya tahun ini ialah berkaitan dengan kecemerlangan akademik kelas KRK. Tugas ini saya masih samar-samar. InsyaAllah saya akan rujuk kepada penyelaras KRK Miss Kueh sebagai Ketua Saya.


Tiga tugas baru yang diamanahkan kepada saya tahun ini disamping tugas sedia ada sebagai Guru Tingkatan, Guru Disipin dan Ketua Panitia Menengah Rendah. Saya jadikan tugas-tugas ini sebagai amanah yang mesti dilaksanakan sebaik mungkin dan cabaran bukannya sebagai bebanan. Semoga Allah mengurniakan saya dan keluarga kesihatan yang baik agar saya dapat memikul tanggungjawab ini dan melaksanakannya dengan sempurna. InsyaAllah.

Tuesday, January 3, 2012

10 Tahun Bergelar Guru

Sedar tak sedar tahun 2012 menjelma sudah. Ini bermakna hampir 10 tahun saya bergelar seorang guru.


Suka duka sebagai seorang guru dilalui dengan hati yang sabar walaupun kadang kala tidak tabah..ada masa tewas juga dengan kenakalan pelajar.


Sepanjang 10 tahun ini juga bermacam-macam kerenah pelajar dihadapi. Melihat kejayaan para pelajar menjadi kepuasan seorang guru. Begitu juga bila kita melihat akhlak mereka yang baik walaupun tidak lagi bergelar pelajar sekolah, rasa bersyukur sangat-sangat kerana mereka mampu istiqamah dengan segala macam cabaran dunia remaja.


Ada juga anak didik yang telah berkahwin dan sudahpun mempunyai zuriat.


Melangkah ke SMK Tunku Abdul Rahman, saya terlibat dengan program permata hati. Bersyukur kerana melalui program ini saya dipertemukan dengan Suhaida 5F4 2010 (Anak Permata Hati) saya yang pertama. Walaupun pada pertemuan pertama kami, dia masih belum biasa dengan saya. Tapi pertemuan-pertemuan yang seterusnya menjadikan kami rapat.


Sue, merupakan seorang anak gadis yang berhati lembut. Mudah tersentuh dan senang untuk didekati. Mendengar nasihat dan agak periang orangnya. Walaupun beliau tidak lagi bersekolah di sini, kami masih lagi berhubungan melalui facebook dan juga SMS. Ada juga dia datang ke sekolah berjumpa saya. Tapi kekangan masa tidak sempat berjumpa dengan lebih lama.


Saya sentiasa mendoakan agar anak didik saya ini mendapat kehidupan yang terbaik di dunia dan di akhirat. Semoga sue dapat membela nasib keluarga dan menjadi anak yang solehah. Amin...

Sedar tak sedar tahun 2012 menjelma sudah. Ini bermakna hampir 10 tahun saya bergelar seorang guru.


Suka duka sebagai seorang guru dilalui dengan hati yang sabar walaupun kadang kala tidak tabah..ada masa tewas juga dengan kenakalan pelajar.


Sepanjang 10 tahun ini juga bermacam-macam kerenah pelajar dihadapi. Melihat kejayaan para pelajar menjadi kepuasan seorang guru. Begitu juga bila kita melihat akhlak mereka yang baik walaupun tidak lagi bergelar pelajar sekolah, rasa bersyukur sangat-sangat kerana mereka mampu istiqamah dengan segala macam cabaran dunia remaja.


Ada juga anak didik yang telah berkahwin dan sudahpun mempunyai zuriat.


Melangkah ke SMK Tunku Abdul Rahman, saya terlibat dengan program permata hati. Bersyukur kerana melalui program ini saya dipertemukan dengan Suhaida 5F4 2010 (Anak Permata Hati) saya yang pertama. Walaupun pada pertemuan pertama kami, dia masih belum biasa dengan saya. Tapi pertemuan-pertemuan yang seterusnya menjadikan kami rapat.


Sue, merupakan seorang anak gadis yang berhati lembut. Mudah tersentuh dan senang untuk didekati. Mendengar nasihat dan agak periang orangnya. Walaupun beliau tidak lagi bersekolah di sini, kami masih lagi berhubungan melalui facebook dan juga SMS. Ada juga dia datang ke sekolah berjumpa saya. Tapi kekangan masa tidak sempat berjumpa dengan lebih lama.


Saya sentiasa mendoakan agar anak didik saya ini mendapat kehidupan yang terbaik di dunia dan di akhirat. Semoga sue dapat membela nasib keluarga dan menjadi anak yang solehah. Amin...