CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, January 7, 2012

Guru Tingkatan 3 Al-Khawarizmi B dan Tanggungjawab 2012

Terbiasa bangun awal sepanjang minggu ini, tepat jam 3.30 pagi, mata saya terbuka dengan sendirinya walaupun malam tadi saya tidur tanpa mengunci jam. Saya terlelap sekitar jam 8.40 pm ketika menonton Berita di TV3 sambil melihat keletah anak-anak saya bermain.


Minggu ini merupakan minggu pertama persekolahan yang saya lalui dengan hati yang sangat lapang dan gembira. Lebih-lebih lagi saya ditugaskan mengajar semula kelas 3KA dan 3KB yang merupakan anak didik saya semasa mereka di Tingkatan Satu lagi. Kali ini saya bukan setakat mengajar mereka, malah saya mengambil alih kelas 3KB sebagai Guru Kelas.


Oleh kerana kelas ini merupakan kelas yang digunakan pelajar untuk menduduki peperiksaan SPM, jadi apabila masuk ke kelas, kelas masih kosong dan tidak ceria. Jadi saya berazam dalam tempoh 2 minggu ini, saya akan mengubah keadaan kelas ini menjadi kelas yang kondusif dan ceria agar pelajar lebih bersemangat belajar dalam keadaan selesa.


Saya bersyukur, kerana pelajar-pelajar bersemangat membantu mencantikkan kelas. Hari ini, 5 orang pelajar secara sukarela balik lambat membantu saya membuat bahan-bahan untuk menceriakan kelas.
Ramdan, Jamuna, Nurin, Shahirah dan Izzati tanpa dipaksa dengan rela hati membantu saya. Untuk tiga hari ini hampir 50% siap menceriakan kelas. Kami bercadang untuk menukar langsir yang kelihatan agak usang dan sudah 'bertahi lalat'.


Semoga tahun ini, saya dapat menjalankan tugas sebagai Guru Tingkatan dengan lebih baik daripada tahun-tahun yang lepas. Dengan bantuan rakan guru dan juga pelajar-pelajar yang saya nampak semakin matang berbanding semasa mereka di Tingkatan Satu, menjadikan semangat saya sebagai seorang guru kelas dan guru mata pelajaran semakin marak dan jitu. Barulah beban guru kelas dapat dikurangkan. Target saya untuk mewujudkan persekitaran kelas yang kondusif adalah dalam tempoh 2 minggu disamping menjalankan tugas sebagai guru disiplin dan Ketua Panitia Menengah Rendah.


Selepas tugas sebagai guru kelas menceriakan kelas, mengemaskini fail maklumat dan disiplin, melengkapkan buku kedatangan dan kutipan sumbangan PIBG dan Majalah Sekolah selesai, barulah perhatian saya dapat dialihkan kepada tugas khas sebagai penyelaras Papan Kenyataan dan 5S (3K), InsyaAllah, tugas ini saya akan settlekan dalam bulan Januari, memandangkan selepas tahun baru cina iaitu menjelang bulan Februari nanti bermulanya tugas sebagai guru penasihat Kelab Nasyid dan PBSM.


Satu lagi tugas baru yang diamanahkan kepada saya tahun ini ialah berkaitan dengan kecemerlangan akademik kelas KRK. Tugas ini saya masih samar-samar. InsyaAllah saya akan rujuk kepada penyelaras KRK Miss Kueh sebagai Ketua Saya.


Tiga tugas baru yang diamanahkan kepada saya tahun ini disamping tugas sedia ada sebagai Guru Tingkatan, Guru Disipin dan Ketua Panitia Menengah Rendah. Saya jadikan tugas-tugas ini sebagai amanah yang mesti dilaksanakan sebaik mungkin dan cabaran bukannya sebagai bebanan. Semoga Allah mengurniakan saya dan keluarga kesihatan yang baik agar saya dapat memikul tanggungjawab ini dan melaksanakannya dengan sempurna. InsyaAllah.

1 comments:

lanenabozny said...

casino with free spins on mr slot machine - Dr.
Free spins at mr slot machine · play 김포 출장안마 free casino games · 시흥 출장마사지 play for free · no 광양 출장샵 deposit casino bonuses · free casino 강원도 출장안마 games · free slots casino games. 광주광역 출장마사지