CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, January 3, 2012

10 Tahun Bergelar Guru

Sedar tak sedar tahun 2012 menjelma sudah. Ini bermakna hampir 10 tahun saya bergelar seorang guru.


Suka duka sebagai seorang guru dilalui dengan hati yang sabar walaupun kadang kala tidak tabah..ada masa tewas juga dengan kenakalan pelajar.


Sepanjang 10 tahun ini juga bermacam-macam kerenah pelajar dihadapi. Melihat kejayaan para pelajar menjadi kepuasan seorang guru. Begitu juga bila kita melihat akhlak mereka yang baik walaupun tidak lagi bergelar pelajar sekolah, rasa bersyukur sangat-sangat kerana mereka mampu istiqamah dengan segala macam cabaran dunia remaja.


Ada juga anak didik yang telah berkahwin dan sudahpun mempunyai zuriat.


Melangkah ke SMK Tunku Abdul Rahman, saya terlibat dengan program permata hati. Bersyukur kerana melalui program ini saya dipertemukan dengan Suhaida 5F4 2010 (Anak Permata Hati) saya yang pertama. Walaupun pada pertemuan pertama kami, dia masih belum biasa dengan saya. Tapi pertemuan-pertemuan yang seterusnya menjadikan kami rapat.


Sue, merupakan seorang anak gadis yang berhati lembut. Mudah tersentuh dan senang untuk didekati. Mendengar nasihat dan agak periang orangnya. Walaupun beliau tidak lagi bersekolah di sini, kami masih lagi berhubungan melalui facebook dan juga SMS. Ada juga dia datang ke sekolah berjumpa saya. Tapi kekangan masa tidak sempat berjumpa dengan lebih lama.


Saya sentiasa mendoakan agar anak didik saya ini mendapat kehidupan yang terbaik di dunia dan di akhirat. Semoga sue dapat membela nasib keluarga dan menjadi anak yang solehah. Amin...

0 comments: