CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, February 15, 2010

~~Dunia Baru~~

Lama dah rupanya saya tak update blog ni...sejak bulan jun 2008 rasanya...masa tu kena laparascopy sbb ada cyst..lepas tu memanjang bz...sehinggalah pregnant januari 2009...


Jun 2009...bermula episod bertukar angin..bukan takat angin..bertukar tanah...bertukar bahasa bertukar budaya...drp angin wangsa maju...saya berpindah ke kuching sarawak...tanah tempat tumpah darah...walaupun di tanah air sendiri...rasa mcm pendatang baru pulak...


Sejak di usia 12 tahun...saya membesar di luar rumah...5thn di asrama...lepas spm masuk matrikulasi kat nilam puri, kelantan...kemudian di main campus KL...seterusnya berkahwin dan menetap di KL...first posting pun kat KL...rsnya saya ni lebih byk masa membesar di luar rumah di luar tanah air sendiri...sbb itulah bila dah kembali ke tanah air...rasa mcm janggal jer...dan ambil masa juga nak sesuaikan dgn suhu..cuaca dan masa yg awal kat sini berbanding kat KL...


Walaupun mula2 posting saya ditempatkan di SMK Maxwell...namun di sana saya xsempat melakar kenangan...sbb kat sana lebihan guru agama dan hanya berada di situ 3 bln sahaja...


Jadi...saya ambil kira kenangan dan pengalaman sbg guru itu bermula di smk wangsa maju seksyen 2...dan pengalaman mula2 sebagai guru kelas adalah untuk kelas 1 ibnu khaldun...sbb tu saya xpernah lupa pada pelajar kelas ni...dan saya masih ingat juga..mula2 yg masuk kelas ni husna dan walid...terus je saya lantik jd ketua tingkatan dan penolong...


Segala kenangan manis, suka duka saya di smk wangsa maju harap2 sentiasa segar di ingatan ini...walaupun masa berlalu dan berada jauh dari sana...agaknya bila dpt menjejak kaki ke wangsa maju lagi...hanya Allah yg mengetahui segala2nya...tp insyallah...akan cuba sentiasa transit ke KL bila balik ke kpg suami di perlis..sbb wlau mcmmnpun saya dan suami kena jg menziarah kubur arwah anak sulung kami yg dikebumikan di cheras...terasa sebak pulak hati mengenang arwah dan terbayang2 mata dan muka arwah...wlp Allah hanya meminjamkannya pd kami selama 2 hari...ya Allah besarnya hikmah yg engkau berikan pada kami suami isteri....


Dan di tempat baru ini...semoga Allah berikan saya kekuatan untuk mendidik anak bangsa melayu yg dahagakan ilmu dan didikan ukhrawi...kuatkan semangatku ya Allah...berikan aku kesihatan yg baik dan jiwa yg kental agar aku dpt meneruskan perjuanganku sbg seorg guru yg ingin melihat anak2 didikku berjaya di dunia dan di akhirat...membesar menjadi manusia yg bertaqwa...aminn ya rabbal 'alamin...