CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, August 13, 2011

Majlis Pelancaran Program Ihya' Ramadhan 2011/1432H

Kekangan masa menyebabkan saya tidak berkesempatan untuk mengabadikan Majlis Pelancaran Ihya' Ramadhan di sini yang telahpun diadakan pada 1 Ogos 2011 bersamaan dengan 1 Ramadhan 1432H...cantik betul tarikh ni kan..sangat bertepatan.

Pada malam sebelum majlis itu saya sangat risau tentang kelancaran majlis pada keesokkan harinya. Dan sebelum tidur sempat lagi saya berpesan kepada guru-guru ahli panitia di Facebook agar datang awal...

Pagi-pagi lagi selepas subuh...saya berangkat ke sekolah untuk membuat persediaan. Sampai di sekolah cikgu Sarimah bt Wak (Pakar susunan bunga dan hiasan pentas) sudah menanti kehadiran saya. Saya sms kak Halifah Matadi kerana beliau juga merupakan orang penting untuk majlis ini kerana banting untuk majlis pelancaran itu dihias oleh beliau yang pakar hal riben meriben ini..

Kebetulan masa saya sms beliau baru sampai di sekolah dan berada di bilik buku teks. Saya bersyukur ke hadrat Allah kerana mengurniakan rakan-rakan guru yang banyak membantu, ringan tulang dan memahami tugas-tugas guru-guru agama. Mereka sangat sporting dan menyokong semua aktiviti yang dijalankan oleh Panitia Kami..Alhamdulillah.

Setelah banting dibawa ke atas pentas di Dataran Laila Taib, cikgu Sarimah mula menyusun bunga. Dan sekali lagi saya amat terharu bila cikgu Dyg Norasyikin tanpa diminta turut menyumbang tenaga turut membantu kak Sarimah menyusunatur bunga. Tidak ketinggalan juga Ustazah Diana, adik kesayanganku tanpa diarah tahu tugas masing-masing. Pelajar-pelajar juga menyumbang tenaga tolong mengangkut bunga dari bilik spbt dan pasu-pasu sekitar sekolah.

Ustaz Abang Ahmadiah yang merupakan Penyelaras Program merangkap AJK peralatan dan persediaan tempat mula menyusun kerusi untuk VIP. Beliau juga seorang guru yang sangat ringan tulang dan saya anggap beliau seorang yang pakar dalam hal-hal menyusunatur kerusi meja untuk tetamu dan VIP.


inilah tokey riben, kak Halifah Matadi yang sangat baik dan komited. Yang sedang duduk tu adalah Ustazah Diana yang tengah menyusun bunga.


Bergambar kenangan bersama kak Sarimah bt Wak, Pakar hiasan pentas dan Kak Dyg Norasyikin yang berbesar hati untuk turut sama membantu pagi itu..i luv u both


Ustazah Nurul Huda bt Che Mat Zuki dengan Tabung Ihya' Ramadhan bersama pengawas sekolah yang turut menjayakan majlis ini.


Guru dan pelajar tekun membantu

Majlis ini dimulakan seawal 7.10 pagi dengan mengikut protokol perhimpunan hari isnin iaitu dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku, lagu sekolah dan bacaan ikrar.

Majlis diteruskan dengan bacaan doa dari ustaz Abg Norhisyamri b Abg Puchok seorang guru gstt yang memberi komitmen sangat tinggi dengan Panitia Pendidikan Islam di STAR. Beliau seorang yang sangat aktif dan ringan tulang dan mudah berurusan dengannya (tak sempat nak amik gambar)


Majlis diserikan lagi dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh adik Ricky Hambali b Jifrion, Surah Al-Baqarah ayat 183 hingga 186 dan membaca terjemahan ayat yang ada kaitan dengan puasa.


Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Alu-aluan oleh Ustaz Abg Ahmadiah selaku Penyelaras Program Ihya' Ramadhan 2011/1432H.


Disusuli pula dengan Ucapan Perasmian oleh Pengetua SMK Tunku Abdul Rahman, Puan Rakayah bt Haji Madon


Walaupun majlis ini dirancang untuk dirasmikan oleh Puan Pengetua, tetapi beliau telah memberi penghormatan kepada dua orang guru yang bakal bersara pada tahun ini iaitu Cikgu Tahir bin Mat dan Cikgu Faridah Hanam untuk memotong riben banting pelancaran menandakan bermulanya sambutan Ihya' Ramadhan pada tahun ini.


Selepas memotong banting pelancaran, kutipan pertama Tabung Ihya' Ramadhan dikutip dari Puan Pengetua sendiri, Alhamdulillah beliau sporting dan memberi kerjasama membuat gimik untuk kutipan pertama ini.


Kutipan diteruskan lagi dengan barisan pentadbir termasuk ketua bidang kemanusiaan, cikgu Mohd Yassin b Kadir.


Seterusnya Aktiviti Tazkirah 5 Minit pertama disampaikan oleh Ustaz Mahyuddin b Mejeri selaku JK Tazkirah 5 Minit dan merupakan pakar P.A Sistem. Beliau banyak menyumbang tenaga dan kepakarannya menjayakan majlis-majlis seperti ini. Tahniah untuk beliau.


Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan Nasyid Kontemporari oleh Cikgu Zul Zamri dengan pelajar tingkatan 5. Beliau mempersembahkan lagu "Harapan Ramadhan" yang sangat memukau seluruh warga dengan suaranya yang merdu dan persembahan yang bersahaja tapi sangat profesional. Malah ada yang tersentuh hati lantas mengalirkan air mata, bila lirik lagu yang disampaikan dihayati dengan sepenuh jiwa. Dengan berakhirnya persembahan ini, maka berakhir sudahlah majlis pelancaran Sambutan Ihya' Ramadhan pada tahun ini.


Sepanjang majlis ini berlangsung, Mohd Shahbanie bin Faisal, menjadi juru acara yang mengendalikan majlis dari mula hingga akhir. Beliau merupakan seorang pelajar tingkatan 5F2 dan telah banyak membantu guru-guru Panitia Pendidikan Islam sebagai JK Juru Acara. Saya melihat bakat beliau sebagai juru acara majlis tidak membayangkan beliau seorang pelajar sekolah tetapi seorang yang sangat profesional dalam menjalankan tugasnya.


Gambar kenangan kak Sarimah bersama Ricky selepas majlis selesai. Alhamdulillah..syukur ya Allah!







0 comments: