CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, August 17, 2008

~~Kenapa Anak2 Kita Biadab~~

IBU BAPA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB DAN TIDAK MENGAMALKAN ISLAM... ANAK-ANAK BIADAB

Anda perasan tak ? Sekarang semakin ramai belia remaja kita di Malaysia yang KURANG AJAR ? Kurang ajar dengan rakan sebaya, kurang ajar dengan cikgu, kurang ajar dengan ibu bapa, kurang ajar dengan orang yang lebih tua, kurang ajar dengan orang awam.

Banyak sungguh contoh yang kita boleh saksikan, di dada akhbar dan di dalam televisyen; Kes-kes “Pelajar-pelajar sekolah bergaduh ala samurai”, “Pelajar lontar batu dan kayu pada Hari Guru”, “ Pelajar cedera parah dibelasah sekumpulan pelajar senior”, “Pelajar trauma setelah dibuli senior”, “Pelajar menyerang (seksual) guru wanita”.

Apa nak jadi dengan belia remaja sebegini ? Yang rata-ratanya lelaki, Melayu, Islam. Tiada adab sopan. Akhlak seperti binatang.

Salah siapa ? Salah ibu bapa?….atau Salah guru-guru?…

Mengapa ?

Kerana akar kepada pembentukan sahsiah seseorang manusia bermula dari keluarga.Keluarga adalah agen sosialisasi pertama akan ditempuhi setiap manusia setelah kelahiran mereka ke dunia.Setiap manusia itu dilahirkan ibarat kain putih semasa kecil, terpulang kepada mak bapak bagaimana cara mencorakkannnya. Maka, kegagalan sahsiah seseorang itu, penyebab utamanya adalah kegagalan asuhan dan didikan mak bapak.

Pepatah Melayu ada mengatakan “melentur buluh biar dari rebungnya”. Terdapat mak bapak zaman sekarang yang mengambil ringan akan perbuatan salah anak-anak mereka.Ternyata perbuatan anak-anak mereka salah, mereka masih ingin memenangkan. Mereka tidak menegur perbuatan salah tersebut , sebaliknya menggalakkan pula anak-anak mereka bertingkahlaku sedemikian. Alasan mereka “Biasalah…budak-budak”, “Biasalah tu..darah muda”

Ibarat “ketam mengajar anak berjalan’. Sikap mak bapak yang tidak memberikan tauladan yang baik kepada anak-anak amat mengecewakan. Bayangkan seorang bapak yang samseng menasihatkan anaknya agar jangan membuli orang. Anak-anak ini menjadikan ibu bapa mereka sebagai role model yang negatif dengan meniru dan mencontohi perangai-perangai buruk mereka yang lama-kelamaan menjadi sebahagian daripada personaliti mereka. Kini, adalah menjadi satu trend masyarakat , mak bapak bercakap kasar di dalam dan luar rumah dan kemudian membiasakan pula anak-anak mereka dengan percakapan yang lucah dan kesat.

Paling mengejutkan, ada juga mak bapak yang memenangkan anak-anak mereka yang telah ternyata melakukan perbuatan salah. Malah, mak bapak pula yang memberi keizinan kepada anak-anak mereka untuk terus melakukan kesalahan tersebut. “ Kau pergi jolok lagi mangga depan rumah orang tu, lepas tu boleh kita makan dengan kicap”.
Mak bapak pula mengajar anak-anak mereka mengambil sesuka hati hak kepunyaan orang lain.

Ada juga mak bapak yang memberi keizinan kepada anak-anak mereka berlaku biadab dan kasar. Sedangkan bersikap sabar dan mengalah itu amat penting untuk mengekalkan kedamaian “Apa..? Kau kena pukul…buat apa kau takut sangat kat budak tu..kau lawan la dia balik”.

Lagi satu, ada mak bapak yang menggalakkan anak-anaknya ego dalam berbicara. Mereka mahukan anak-anak mereka hebat berkata-kata dan jangan sesekali mudah mengalah dengan orang. Apabila bercakap, mereka sahaja ingin menang dan cakap mereka sahaja yang betul. Perkataan dan nada yang kasar dianggap perkara biasa dan melambangkan keterbukaan dan keramahan dalam pergaulan. Apabila terlalu taksub bercakap, mereka tidak mempedulikan sensitivity perasaan dan maruah orang lain. Sekiranya pihak yang mendengar tersinggung, itu adalah kerana dia tidak biasa dengan pergaulan sedemikian, bukan salah anak-anak mereka yang bercakap.

0 comments: