CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, August 17, 2008

~~Utk Pelajar Yg Merempit~~

UTK RENUNGAN PELAJARKU YG SUKA MEREMPIT WLP DAH BERGELEN2 NASIHAT DIBERIKAN

Golongan pelajar lelaki yang gemar berpeleseran tidak tentu hala dengan motosikal atau yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Rempit semakin hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini.. cikgu tidak gembira dan cikgu tidak bangga, sebaliknya kita merasa marah, risau dan ketakutan.

Rata-rata masyarakat menganggap para pelajar Mat Rempit ini sebagai suatu ancaman kepada keselamatan ahli masyarakat dan ketenteraman hidup seharian. Mengapakah masyarakat kita bimbang ?

Secara majoriti, siapakah yang secara bangga diri melibatkan diri dalam arena Mat Rempit ini? Sudah pasti, mereka juga adalah remaja yang pernah terlibat dalam arak dan penyalahgunaan dadah.

Kita pun sedar bahawa, seseorang yang telah dipengaruh oleh dadah, tiada perikemanusiaan dan belas kasihan. Mat Rempit yang telah bersahabat dengan dadah dan arak tidak akan mempedulikan perbuatan yang haram. Oleh itu, mencuri, merompak dan meragut adalah lambang keberanian mereka.

Mat Rempit.-..Belia jenis apakah mereka ?

Para belia yang memiliki peribadi mulia adalah pelajar yang berdisiplin tidak melanggar undang-undang, bertanggungjawab memelihara maruah dan keselamatan orang lain, tidak mencerobohi apa yang telah menjadi hak kepunyaan orang lain dan tidak bertingkahlaku mengikut nafsu/emosi, sebaliknya mengikut akal. Oleh itu, adakah para pelajar Mat Rempit ini golongan beradab-sopan ? Terang-terangan mereka tidak menyayangi nyawa mereka sendiri, menghabiskan masa dengan aktiviti merosakkan dan tidak menghormati orang awam. Ternyatalah, Pelajar Mat Rempit adalah golongan pelajar bermasalah.

Berdasarkan pemerhatian cikgu dan pendapat orang ramai, berikut adalah berberapa masalah dan gangguan utama yang ditimbulkan oleh para pelajar Mat Rempit kepada kehidupan masyarakat kita.

1. Melibatkan orang awam yang tidak bersalah ke dalam bahaya kemalangan jalan raya.

2. Apabila Pelajar Mat Rempit ini melepak di suatu tempat secara berkumpulan, mereka mewujudkan ‘aura’ (ancaman) yang menyebabkan orang awam yang lalu-lalang merasa tidak selamat.
(Berlagak jadi samseng..tp PMR  n SPM pun xlepas lg)

3. Terlibat dalam pergaduhan antara kumpulan/geng apabila ada antara ahli-ahli mereka yang dicabar atau dipukul.
(Biasanya bergaduh nak tolong kawan setia kawan la konon!)

4. Tidak menghormati wanita. Mat Rempit menganggap wanita sebagai objek seks atau ganjaran yang mereka patut dapat. Menganggu, mengusik para wanita yang mereka rasakan cantik memikat dan meng ‘usha’ wanita secara ‘terlampau’ adalah hiburan atau aktiviti ‘cuci mata’ belia Mat Rempit. Kadangkala ada Mat Rempit yang masih berani mengusik,memikat wanita yang datang bersama abang, teman lelaki atau suami. Mereka tidak menghormati wanita yang dipunyai lelaki lain. Yang penting bagi mereka adalah hati mereka terhibur, nafsu mereka puas. (Sedih bila memikirkan perangai mereka ni..)

5. Aktiviti berpeleseran mereka pada waktu lewat malam boleh meningkatkan risiko kes pecah rumah,samun, langgar lari, culik dan rogol, kongsi gelap di kawasan sekitar. (Itulah yg selalu ponteng sekolah atau datang lewat ke sekolah..mlm utk tido..tp bagi mereka mlm utk bersukaria)

Note: Para Pelajar Mat Rempit ini wajib diberikan ‘brain wash’ dengan ilmu akhlak dan keagamaan, bukannya dengan menyediakan mereka litar lumba.


0 comments: