CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, January 29, 2012

Hanya Bicara Hari Minggu

Lebih kurang jam 4 pagi saya terjaga dari tidur untuk mengqada' hajat. Alang-alang dah terjaga seawal ini rugi sekiranya tidak melakukan tahajjud...fuhh rasa damai di jiwa...Alhamdulillah!

Satu persatu muka anak diperhati..kemudian muka suami. Bancuh susu dan tukar pampers anak. Memerhati anak menyusu risau tersedak dalam tidurnya.Selesai.

Selepas itu mata tidak mahu lelap lagi, sementara menunggu subuh...kaki terus menapak ke bilik sebelah, teringat buku latihan pelajar tingkatan 3KB yang belum sempat disemak. Tangan terus mengambil pen merah dan mula menanda buku.

Berjaya juga akhirnya menanda buku pelajar sehingga subuh. Lepas solat subuh, on laptop dan mula menyambung kerja yang terbengkalai iaitu mengedit nota dan latih tubi untuk pelajar. Sedar tak sedar jam sudahpun menunjukkan pukul 9 lebih. Suara anak-anak juga sudah kedengaran.

Menapak ke dapur untuk masak. Lepas masak terus hidang dan makan bersama seisi keluarga..kemudian kemas-kemas dapur. Penat aihh.

Satu hari ini, masa saya dipenuhi dengan mengemas, meng'iron' dan menyusun baju-baju yang 4 bakul di dalam almari. Lebih kurang jam 4 baru selesai.

Saturday, January 7, 2012

Guru Tingkatan 3 Al-Khawarizmi B dan Tanggungjawab 2012

Terbiasa bangun awal sepanjang minggu ini, tepat jam 3.30 pagi, mata saya terbuka dengan sendirinya walaupun malam tadi saya tidur tanpa mengunci jam. Saya terlelap sekitar jam 8.40 pm ketika menonton Berita di TV3 sambil melihat keletah anak-anak saya bermain.

Minggu ini merupakan minggu pertama persekolahan yang saya lalui dengan hati yang sangat lapang dan gembira. Lebih-lebih lagi saya ditugaskan mengajar semula kelas 3KA dan 3KB yang merupakan anak didik saya semasa mereka di Tingkatan Satu lagi. Kali ini saya bukan setakat mengajar mereka, malah saya mengambil alih kelas 3KB sebagai Guru Kelas.

Oleh kerana kelas ini merupakan kelas yang digunakan pelajar untuk menduduki peperiksaan SPM, jadi apabila masuk ke kelas, kelas masih kosong dan tidak ceria. Jadi saya berazam dalam tempoh 2 minggu ini, saya akan mengubah keadaan kelas ini menjadi kelas yang kondusif dan ceria agar pelajar lebih bersemangat belajar dalam keadaan selesa.

Saya bersyukur, kerana pelajar-pelajar bersemangat membantu mencantikkan kelas. Hari ini, 5 orang pelajar secara sukarela balik lambat membantu saya membuat bahan-bahan untuk menceriakan kelas.
Ramdan, Jamuna, Nurin, Shahirah dan Izzati tanpa dipaksa dengan rela hati membantu saya. Untuk tiga hari ini hampir 50% siap menceriakan kelas. Kami bercadang untuk menukar langsir yang kelihatan agak usang dan sudah 'bertahi lalat'.

Semoga tahun ini, saya dapat menjalankan tugas sebagai Guru Tingkatan dengan lebih baik daripada tahun-tahun yang lepas. Dengan bantuan rakan guru dan juga pelajar-pelajar yang saya nampak semakin matang berbanding semasa mereka di Tingkatan Satu, menjadikan semangat saya sebagai seorang guru kelas dan guru mata pelajaran semakin marak dan jitu. Barulah beban guru kelas dapat dikurangkan. Target saya untuk mewujudkan persekitaran kelas yang kondusif adalah dalam tempoh 2 minggu disamping menjalankan tugas sebagai guru disiplin dan Ketua Panitia Menengah Rendah.

Selepas tugas sebagai guru kelas menceriakan kelas, mengemaskini fail maklumat dan disiplin, melengkapkan buku kedatangan dan kutipan sumbangan PIBG dan Majalah Sekolah selesai, barulah perhatian saya dapat dialihkan kepada tugas khas sebagai penyelaras Papan Kenyataan dan 5S (3K), InsyaAllah, tugas ini saya akan settlekan dalam bulan Januari, memandangkan selepas tahun baru cina iaitu menjelang bulan Februari nanti bermulanya tugas sebagai guru penasihat Kelab Nasyid dan PBSM.

Satu lagi tugas baru yang diamanahkan kepada saya tahun ini ialah berkaitan dengan kecemerlangan akademik kelas KRK. Tugas ini saya masih samar-samar. InsyaAllah saya akan rujuk kepada penyelaras KRK Miss Kueh sebagai Ketua Saya.

Tiga tugas baru yang diamanahkan kepada saya tahun ini disamping tugas sedia ada sebagai Guru Tingkatan, Guru Disipin dan Ketua Panitia Menengah Rendah. Saya jadikan tugas-tugas ini sebagai amanah yang mesti dilaksanakan sebaik mungkin dan cabaran bukannya sebagai bebanan. Semoga Allah mengurniakan saya dan keluarga kesihatan yang baik agar saya dapat memikul tanggungjawab ini dan melaksanakannya dengan sempurna. InsyaAllah.

Tuesday, January 3, 2012

10 Tahun Bergelar Guru

Sedar tak sedar tahun 2012 menjelma sudah. Ini bermakna hampir 10 tahun saya bergelar seorang guru.

Suka duka sebagai seorang guru dilalui dengan hati yang sabar walaupun kadang kala tidak tabah..ada masa tewas juga dengan kenakalan pelajar.

Sepanjang 10 tahun ini juga bermacam-macam kerenah pelajar dihadapi. Melihat kejayaan para pelajar menjadi kepuasan seorang guru. Begitu juga bila kita melihat akhlak mereka yang baik walaupun tidak lagi bergelar pelajar sekolah, rasa bersyukur sangat-sangat kerana mereka mampu istiqamah dengan segala macam cabaran dunia remaja.

Ada juga anak didik yang telah berkahwin dan sudahpun mempunyai zuriat.

Melangkah ke SMK Tunku Abdul Rahman, saya terlibat dengan program permata hati. Bersyukur kerana melalui program ini saya dipertemukan dengan Suhaida 5F4 2010 (Anak Permata Hati) saya yang pertama. Walaupun pada pertemuan pertama kami, dia masih belum biasa dengan saya. Tapi pertemuan-pertemuan yang seterusnya menjadikan kami rapat.

Sue, merupakan seorang anak gadis yang berhati lembut. Mudah tersentuh dan senang untuk didekati. Mendengar nasihat dan agak periang orangnya. Walaupun beliau tidak lagi bersekolah di sini, kami masih lagi berhubungan melalui facebook dan juga SMS. Ada juga dia datang ke sekolah berjumpa saya. Tapi kekangan masa tidak sempat berjumpa dengan lebih lama.

Saya sentiasa mendoakan agar anak didik saya ini mendapat kehidupan yang terbaik di dunia dan di akhirat. Semoga sue dapat membela nasib keluarga dan menjadi anak yang solehah. Amin...